Tuesday, 10 October 2017

Apa tugas Penolong Akauntan W29...?

Bismillah

10.10.17

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Eheh.. awak tengah cari info tentang jawatan Penolong Akauntan W29 ni ke..? Meh baca CPN membebel kat bawah ni.. semoga dapat membantu sikit-sikit bagi idea keadaan kerja sebagai Penolong Akauntan ni.. Kot CPN salah info maaflah ye, hihi.. tu maknanya CPN tak habis explore lagi..

CPN straight terus ke keadaan bila awak dah dapat surat tawaran ye.. Pertama sekali, tahniah CPN ucapkan..! CPN lapor diri di Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya. Bila orang sebut AG tu ketahuilah bahawa AG stand for Accountant General; kira HQ bagi Jabatan ni.

Senang cerita AG ni tukang buat akaun untuk Kerajaan. Diorang la akan kumpul segala maklumat dari agensi dan badan-badan kerajaan & negeri untuk generate Penyata Kewangan yang akan dibentang oleh Menteri Kewangan (sekarang PM) semasa perbentangan buget. ok, get it?

Banyak jabatan kat AG ni.. korang leh pergi website AG ye tengok-tengok apa yang patut. WTD la yang viral tu.. BPPOA, BPPP (B three P sebutnye) haha.. Dipendekkan cerita, CPN kena pool (menunggu) di AG selama seminggu. Duduk bilik mesyuarat, sembang-sembang kenal kawan-kawan baru, lepas tu tolong bahagian pengambilan & penempatan kak shad namanya agih surat penempatan..

Kena pool ni sebab tak tahu lagi akan dihantar kemana.. dimomok nak hantar ke bintulu lah, lahad datu lah, apa satu tempat nama tu yang jauh pedalaman Sarawak tu.. lupa dah.. Kapit ke eh.. sementara tunggu akak abang senior yang naik pangkat W27 ke W32 ni diberi penempaan, so yang freshie junior ni sume kena tunggu tempat diorang kosong.. sebab mungkin ada yang yang nak tukar suka sama suka, nak mintak tukar tempat lain dan sebagainya..

Dipendekkan cerita, CPN dapat di Negeri Sembilan jugak.. (alhamdulillah).. ada seorang akak ni naik pangkat, so tempat dia kosong.. CPN yang ganti.. Ditempatkan di sebuah pejabat daerah dan tanah (daerah dirahsiakan hihi), unit hasil. Bila orang sebut waran, ketahuilah bahawa waran tu senang cerita jawatan awak tu di jabatan tu.

Waran penolong akauntan untuk daerah hanya di unit hasil sahaja dan untuk gred W29 sahaja. lantikan AG, adalah di bawah federal. Tapi gaji state yang bayar. Ada juga Penolong akauntan lantikan state, kebanyakan waran perjawatan di SUK. SUK stand for Setiausaha Kerajaan Negeri. Sebab tu bila naik pangkat kena keluar dari daerah.. ada juga daerah yang tiada waran penolong akauntan ni, mungkin tiada keperluan kot..

Cerita sikit pasal SUK ni, ketua nya kita panggil Dato SS. State Secretary. Bawah die pengarah-pengarah yang berjawatan PTD tu. PTD stand for Pegawai Tadbir Diplomatik. SUK ni terletak di Wisma Negeri. Semua pentadbiran bawah state duduk sini. CPN ambil contoh satu, Pejabat Daerah dan Tanah ibu nya Pejabat Tanah dan Galian. So PTG ni pejabatnya di Wisma Negeri. Lain-lain termasuklah Perumahan Kerajaan Tempatan, Jabatan Saliran & Pengairan, JKR, Pertanian, Pejabat Menteri Besar dan lain-lain..

Untuk Penolong Akauntan di daerah dalam negeri Sembilan, hanya di Unit Hasil. Kerja nya mostly terarah kepada kutipan cukai tanah dan hasil tanah. Hasil tanah seperti permit batuan & galian, permit pasir, premium dan macam-macam lagi. Korang takkan terlibat sangat dengan kewangan sebab bahagian kewangan CC yang handle. CC stand for cheif clerk or Ketua Pembantu Tadbir, or lebih senang ketua kerani.

CC ni pada pandangan CPN adalah sangat sangat sangat berpengaruh. hihi. nanti korang dah start kerja faham la mcam mana nanti. Mungkin CPN rasa diorang ni kebanyakkan berusia dan sangat banyak experience. So hormatilah mereka ye in the 1st place. 2nd place korang nk deal macam mana terpulang sendiri. haha. Tapi memang CPN selalu rujuk diorang ni. selagi tak faham tanya jelah kan.. nak buat kerja kan.. 

Atas korang maybe ada EO Executif officer. Pangkat die sepatutnya sama level dengan kita, either N27 or N29. nama BM Penolong Pegawai Tadbir. Unit CPN tak ada EO, so skip ye. Next atas lagi ada ADO, stand for Assistant District Officer. Diorang ni kebanyakan PTD M41 or 44. Boleh jadi baya kita je. hihi.. hormat bos ye, wajib panggil puan/encik/cik ye..

Kita melapor kepada ADO ni. Die mempengerusikan meeting, kita prepare laporan or kena present. Atas lagi ada TPTD. stand for Timbalam Pentadbir Tanah. boleh jadi pangkat die M52. Big boss bahagian tanah. lupa CPN nak cerita, pejabat terbahagi kepada Pentadbiran, Pembangunan, Tanah & Pusaka. Tanah ada banyak unit; Unit Hasil, pendaftaran, penguatkuasaan, pembangunan tanah & pelupusan tanah.

Paling tinggi jawatan di Pejabat Daerah adalah DO stand for District Officer atau BM Pegawai Daerah. Sebulan ada kot sekali jumpa dia, itupun dalam Mesyuarat pengurusan. haha. Panggil die tuan ye. haha

Hmm apa lagi nak cerita? panjang sangat dah ni.. nanti jemu lak baca kan.. nanti kalau rajin CPN cerita details lagi pasal kerja Penolong Akauntan W29 ni ye. Kalu ikutkan panjang lagi, ni intro view untuk PA di daerah saja, yang di federal lagi banyak tugas diorang.. hihi


PA W29  Antaro duo gunung diam eh daerah
Cik Puan Nuyon






Wednesday, 28 December 2016

Berapakah nilai hantaran yang patut untuk seorang gadis?

Bismillah

28.11.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Berapakah nilai hantaran yang patut untuk seorang gadis? 10k? 20k? Tak perlu hantaran? Cukup sekadar mas kahwin? Dah lama CPN nak meluahkan perasaan kat blog tapi tak terluah.. Takut ada yang baca dan terasa hati. Apa-apa pun ini hanyalah pendapat dan fikiran CPN saja, sebab dah beberapa majlis CPN tengok bincang hal wang hantaran ni. Ada yang CPN baca di media sosial and ada yang CPN compare with other cousins. Ini adalah pengalaman CPN, jika ada yang salah, jangan malu comment di bawah ye..



Bila dua hati bersatu, (ewahh..) maka berbincanglah bakal pengantin ni dengan parents mereka.. Jika bertunang, biasanya pihak perempuan akan tetapkan jumlah wang hantaran yang mereka kehendaki, berapa dulang hantaran berbalas berapa dan jumlah mas kahwin.



Ada beza barang hantaran untuk pertunangan dan perkahwinan. Untuk Majlis Pertunangan, biasanya barang hantaran terdiri daripada sirih junjung / tepak sirih (bergantung kepada adat negeri/ keluarga masing-masing), sepasang baju atau kain untuk hari penikahan, yang lain-lain terdiri daripada manisan, gubahan gula-gula, kek, buah, mostly makanan manis. Pihak lelaki akan ada satu dulang khas untuk cincin pertunangan & merisik. Dulang hantaran pihak perempuan berjumlah ganjil manakala pihak lelaki berjumlah genap.

Dulu-dulu jodoh adalah dari gadis kampung sendiri atau kampung sebelah sahaja, maka cincin merisik dihantar dulu oleh parents lelaki kepada parents perempuan. Sekadar cincin tanya orang kata, si gadis ini dah ada yang sunting ke belum. Sekarang, jodoh jauh-jauh, negeri lain-lain. Maka untuk menjimatkan kos dan masa, hanya satu majlis diadakan dengan 2 cincin; satu cincin merisik dan satu cincin pertunangan. Biasanya cincin merisik ni cincin belah rotan, tiada batu. Manakal cincin pertunangan adalah cincin berbatu.


Seeloknya kedua family telah berbincang dahulu mengenai hal barang hantaran, wang hantaran dan mas kahwin ni. Awak harus faham, orang Melayu ni ada adat dan kebiasaan mereka. Bukan boleh sesuka hati nak skip itu ini. Dah banyak CPN baca kat media sosial, "Tak ada hantaran tak boleh kahwin" kata emaknya. Maka mengamuklah si anak dara ni. Kononya ini hanyalah adat semata, tak perlu letakkan hantaran yang tinggi, yang penting akad dan mas kahwin serta walimah. Dik non, ibu mana yang tak nak tengok anaknya bersanding? Pakai lawa-lawa, diraikan bagai raja sehari? Biar dia berhutang bergolok gadai pun ada yang sanggup dik non.. 

Ada satu family tu CPN hadir majlis pertunangan, mak pengantin perempuan kalut-kalut masa orang berbincang. Sepatutnya family dah bincang siap-siap nak bagi baranng hantaran berapa, wang hantaran berapa, dan mas kahwin berapa. Masa majlis tu nanti cuma sekadar majlis sahaja, tak ada lagi nalk mintak diskaun ke apa dah.. sebab orang yang dengar ni tak sedap.. Dijadikan cerita, masa orang lelaki tengah berbincang, si emak kalut datang joint sekali sebab tak puas hati dengan wang hantaran tu.

Perbincangan ni biasanya bukan dari parents kedua pihak, seeloknya orang tengah sahaja. Pakcik dari sebelah perempuan atau ketua kampung dengan pihak lelaki dari kalangan pakcik atau orang tua atau orang yang berpengalaman. Perlu faham "seribu serba satu" tu apa, "belanja hangus" "termasuk mas kahwin" Ada tempat serba satu tu; baju, kasut, handbag, barang keperluan diri. kalau emas serba satu tu rantai, gelang, cincin, anting-anting serba satu.


Wang hantaran tu digunakan untuk walimah, untuk menjamu tetamu. Ada parents yang bagi semua wang hantaran tu pada anak perempuan diorang untuk belanja pelamin makeup baju semua (untungla) dan belanja kenduri parenst yang keluarkan. Kalau ada 6-7 anak perempuan tak ke parah tu? kalau orang senang tak apa, kalau orang susah? Terpulangla kepada keluarga masing-masing.

Kalau dik non kata tak perlu wang hantaran, agak-agak camne parents nak buat majlis? kot ye nak jamu 100-200 orang pun guna jugak duit kan.. katalah "sekadar menghebahkan kata anak perempuan dah kahwin" mesti nak jamu orang makan juga.. Ada jugak dik non warning parents, jangan letak tinggi-tinggi, kesian boyfriend diorang nak cari duit.. Tak pun, jangan sebab dik non ada degree ke master ke, tak nak orang letak tinggi tak dicompare.. dik non kau menyimpan la sama kalau rasa tinggi wang hantaran tuuu.





Sama-sama simpan belanja kahwin
Cik puan Nuyon





Bagaimana nak berfikiran positif jika belum dikurniakan anak?

Bismillah

28.12.2016


Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Tak ada isi lagi ke? Tak pergi check ke? Tak pandai buat la tu (wtf?!) Nak tunggu berapa lama lagi? Planning ke? Sebelum 30 kena ada anak sebanyak boleh, nanti dah kendur.. (pffft..) haha dah naik polak CPN dengar semua ni. Soalan-soalan ni CPN dah biasa dengar, sehabis baik jawab dengan berhemah. Fyi, CPN dah try to concieve (TTC) almost 3 years. Nanti CPN cerita apa yang CPN lalui sepanjang TTC ni.

Cuma ada satu hal yang membuatkan CPN terasa yang amat sangat minggu lepas. Sekarang dah cool down sikit dan ambil keputusan nak luah perasaan kat blog CPN ni. Soalan CPN, Apa korang akan buat kalau : masa kenduri kendara kau yang sibuk-sibuk siapkan segala, buat hantaran, jadi runner, jadi tukang kemas rummh, jadi driver bawak shopping barang, jadi designer, interior bagai, tapi bila dah habis kenduri, senyap je. Tup-tup tau pregnant 6-7 bulan? Takkan la mak-mak sedara  tak tahu kan? Camne nak hilangkan perasaan ni?


1. Marah. Yup, CPN marah. Sebab CPN tak tahu. Masa kau susah aku tolong, masa kau happy kau senyap. Mak kata: ala.. nak jaga hati kau lah tu.."  

2. Apa pun tak nak buat. Duduk diam-diam scroll facebook, baca benda yang menyenangkan hati. Tengok youtube. Malas keluar rumah. Lantak la hangpa nak pi mana.

3. Buat bodoh. Ada perkara-perkara excitement sekeliling CPN sepanjang 2-3 hari marah belum reda tu, CPN buat bodoh je. Tak ambil port sangat.

4. Elakkan pandang orang-orang yang telah melukankan hati CPN. Sebab nanti takut tambah rasa meluat dan terkeluar perkataan tak sepatutnya.

5. Telefon mak. Menangis dan mengadu sehabis mungkin. 

6. Whatsapp kawan-kawan rapat dan mintak pendapat diorang. 


Jadi, setelah lalui beberapa hari yang getir itu, CPN buat keputusan agar cooldown saja, jangan ambil port sangat. CPN simpan dendam? for sure, tengoklah camne nanti. haha.. Terima kasih mak, kawan-kawan yang bagi nasihat, terima kasih juga orang yang telah lukakan hati CPN walaupun tanpa sengaja.

Sebenarnya CPN je yang telah berfikiran negatif. Fikir yang bukan-bukan kan? Oleh itu, CPN share apa yang dapat sepanjang beberapa hari rasa marah tu :

1.  Berlapang dada. 

2. Diorang tak rapat dengan CPN. So CPN tak perlu tahu hal diorang.

3. Fikir, ada orang yang keadaan lebih tidak bernasib baik dari kita. Sebaya, tapi belum ada jodoh. Dah kahwin awal, tak ada anak pula. Dah ada anak, masalah kewangan.

4. Alihkan perhatian kepada perkara lain. Sebab hal anak ni rezeki dari Allah, bukan kita yang boleh control. So CPN start (bisnes yang tak berapa bisnes tu), ambil tempahan menjahit..

5. Fokus kerja, hal rumah tangga, arrange sebaik mungkin.

6. Ingat pada Allah.. Dialah pencipta segala. Baca Quran, renung balik, mungkin solat CPN tak perfect, tak khusyuk, tak di awal waktu, doa tak bersungguh..

7. Plan pergi bercuti ke luar negara. Weeeee~


Ada satu komen kat facebook no CPN baca, termenung jap :
"terlalu banyak bersangka sangka, tak kenal maka tak cinta, elakkan merasa diri sentiasa lebih baik dari orang lain"


perghh.. deep kak.. haha CPN tak nak fikir dah bukan-bukan.. Selalu tanya husband "kita tak layak ke jadi parents..?' sedih beb!




TTC3yrs.

Cik Puan Nuyon





Tuesday, 22 November 2016

Kenapa Cik Puan Nuyon dah lama tak tulis blog...?

Bismillah

23.11.2016

Assalamualaikum

Salam sejahtera.

Ada orang cari tak blog CPN ni..? Untungla kalau ada. haha. Teringat kata-kata kawan CPN masa mula-mula publish blog and share kat facebook. "Jangan hangat tahi ayam je cam aku" ok. Bukan hangat tahi ayam.. cuma tak sempat je.. CPN busy sangat la.. Sebabnya blog ni CPN nak type panjang-panjang.. menjemah macam-macam baru puas hati.. dah kata macam diary kan? haruslah meluahkan perasaan. haha. kat facebook tu tak boleh, nanti buat orang annoyed je baca berjela ni. kan? haha!

Macam-macam CPN buat sepanjang tak tulis blog ni. Antaranya :
1. Underwent minor surgery (saddest part of my life)
2. Kerja, meeting, bengkel, kursus
3. Jalan-jalan ke Sabah
4. Kerja luar operasi
5. Start bisness kecil-kecilan

Berminat nak tau cerita CPN? hihi nanti CPN cerita serba sedikit ye. Kot-kot boleh jadi pedoman hidup. hahaha


Lama menyepi but i'll be there for you - lagu tuu
CPN

Thursday, 4 August 2016

Kenapa peghutang susah nak bayar hutang?



Bismillah
05.08.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

 
KES 1

CPN ada main kutu dengan officemate lama. Main 12 orang.  Bila turn CPN dapat kutu, macam-macam alasan Siti (bukan nama sebenar) bagi. Dia yang lead team tu, so semua orang bank in pada dia. Centralized. Senang.

2 minggu CPN MC sebab ada buat minor surgery. CPN nak pakai duit sikit. Masa tu dah gap lebih seminggu dari tarikh sepatutunya CPN dapat. Sepatutnya 7 haribulan.

Alasan-alasan dia termasuklah:

1.       5 July; telefon dia rosak & CPN kena forward balik no akaun CPN
2.       Raya 6 & 7 July. Balik kampung, tak ada line telefon.
3.       Kampung kawasan pedalaman dan tak ada bank.
4.       13 July; masih tak bank in. Dia demam dan throat infection
5.       17 July; Baru elok sakit, janji petang akan transfer lepas balik dari hospital
6.       Dia dah cakap pada officemate lama suruh transfer pada CPN sebab ramai main dari office lama
7.       Petang tu ada kematian. Demi Allah esok dia bank in katanya
8.       18 July; baru gerak dari Mersing, mungkin sampai seremban 1am
9.       Takut bank in 2am, pagi-pagi esok pergi kerja baru bank in
10.   19 July (gap 12 hari) 8:46pm baru transfer guna Maybank2u tapi masuk dalam 40% je
11.   Ayat: dia “guna duit dia dulu” transfer kat CPN
12.   Balance 60% lepas kerja dia akan bank in lepas kerja sebab cash kat dia
13.   Lepas waktu kerja; dia tak keluar office lagi
14.   Tunang dia akan transfer
15.   9:20pm baru dia transfer balance 60% kat CPN Fuhh..

Fakta:
1. Nak bank in, tapi tak sempat, last-last guna Maybank2u jugak.
2. Tanya member-member lain kat office lama kebanyakan dah bayar awal before raya
3. Kenapa tak bank in sedebuk 100%?
4. Kenapa ada cash in hand padahal seorang je bagi cash kat dia, yang lain semua transfer ke akaun dia?


KES 2

Member nak pinjam 5k nak urgent untuk deposit rumah. 5k tak ada, tapi 2k berani bagi. (Simpanan ASB yang tak seberapa tu). CPN percaya sebab housemate masa study dulu so kita kenal dia macam mana.

Janji bayar dalam masa sebulan. Dah lebih sebulan, saja biar dulu CPN tak tanya. Dalam 1 ½ bulan camtu dia whatsapp kata dia accident pada hari dia nak bank in dan anak warded.
Hmm.. Sampai hari ni belum bank in.


KES 3

Sama kes no 2 tapi sedara yang nak pinjam 2.5k untuk deposit rumah juga. Bagi pinjam sebab tau dia susah nak dapat sebanyak tu dalam masa singkat. Lagipun dia bukan orang berada. Dipendekkan cerita, rumah yang dia apply tak lepas untuk loan or tak layak agaknya.

Tapi senyap saja. Dapat tahu dari orang lain, sepatutnya deposit tu boleh pulangkan balik kesemuanya. Sudahnya bank in 1k saja dulu. Hmm..

Tak pelah. CPN ni baik hati orangnya. (Puji  diri sendiri haha) Kita tolong diorang masa susah, mana tahu masa kita susah diorang pula akan tolong kita?




Ceti tanpa bunga

Cik Puan Nuyon



Monday, 20 June 2016

Macam mana nak tahu he’s the one?



20.06.2016

Bismillah

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Zaman anak dara ni. Haha. Buat member-member yang masih mencari atau jika sedang couple, mesti tertanya-tanya kan? Mana tak nya, lelaki tu bakal habiskan hayat dengan kau. Scary tak? Haha. Macam mana kalau depan kita dia pijak semut pun tak mati, tapi bila dah kahwin nanti perangai dia tak boleh blah? Meh CPN try bagi beberapa tips nak ease tension or kurangkan sikit speculation awak tu. Haha



Selidik latar belakang 

Tanya habis-habis. Sampai awak puas hati. Stay mana? Mak ayah siapa? Kerja apa? Adik beradik berapa? Ada kakak tak? (penting tu kena tanya haha) Mak dia macam mana? Abah dia macam mana? (Kalau pernah bercerai kena ambil tahu tu) Kakak adik abang dia macam mana? Diorang study kat mana? Kerja apa? Dia anak nombor berapa? Study kat mana? Kerja apa? Bila free buat apa? Apa future planning awak? Apa yang awak expect untuk future wife awak? Apa yang awak expect untuk family awak? Gaji berapa? Ada hutang apa? Ada asset apa? Jika tiada lagi, apa plan awak? Simpanan berapa? Duit gaji habis pergi mana? Macam mana manage gaji? Selalu tukar handphone tak? Barang-barang jenis branded ke tak? Smoker ke tak? Ada hobi apa? Suka makan apa? Makan kat mana? Suka shopping kat mana? Tanya semua tau. Haha

Bila dah tau, awak boleh buat kesimpulan awal tentang diri dia. Ada idea diri dia tu macam mana. Sekufu ke tidak dengan awak. Even kalau dia berlakon or sangat pandai sorok, its ok. Boleh try cara lain. Haha


Testing-testing

Oii bukan test benda bukan-bukan ye. Haha. Tanya soalan serampang dua mata. Jika awak seorang yang baik (hmm) Khamis malam jumaat tu biasanya awak baca Yassin. Dah sudah tu awak try tanya, dah ngaji baca Yassin ke belum? Ting! Satu mata! Haha Bila dah bangun Subuh tu try mesej dia, awak.. dah bangun belum? Tingting! 2 mata! Haha

Jika awak selalu membaca, cuba minta pendapat dia. If dia dapat reply dengan facts (tak merapu-rapu) kira ok la tu. If pendapat awak tak sama dengan dia, its ok, its just pendapat sahaja. Tak semestinya dia salah, tak semestinya awak betul. Cuba tengok dari angle lain pula. Maybe dia 80% betul? Mana tahu? Tingtingting! 3 mata!

Dulu-dulu CPN bercinta masa student. Mana la ada duit sangat. Awak, kenapa tak mesej saya? Hm, tak ada duit nak topup. Takpe, nanti saya share credit kat awak eh, type mesej panjang-panjang tau, baru send. Haha!  Bagus ni, bab duit tak berkira. Tingtingtingting! 4 mata! Tapi janganla awak test sampai kopak orang tu. Ajak makan tengok siapa yang bayar. Kalau dia belanja makan, awak belanja tiket movies. Sama-sama tong la.

Ada member CPN dulu masa couple asal balik je dapat teddy bear lah, bunga lah. Siap cerita dapat elaun RM1,000 setiap bulan (ntah betul ke tak dia tu). Yang nak balik kampung siap berhantar. Yang tiap-tiap minggu keluar dating tu jangan cerita la. Memang tak sah kalau tak keluar. Last-last kahwin dengan orang lain. Opss! Jodoh la katakan, nak buat macam mana kan? Viral boyfriend layan girlfriend macam princess tu? Sila abaikan dan berpijak dibumi yang nyata ye. haha



Dia sayang awak sepenuh hati

Macam mana nak tahu? Haha ni complicated sikit. Tapi setiap orang ada cara masing-masing tunjuk sayang dia tu. Ada yang bila dah couple tu rasa jealous meruap-ruap sangat. Sayang la tu. Haha. Bila dah confirm dengan dia, jangan la nak try keluar dengan lelaki lain pula. Belajar hormat dia sebagai bakal suami kita. Kurangkan pergaulan dengan lelaki lain. Teringat dulu CPN pernah ajak kawan (husband) datang rumah nak bawak jalan-jalan tempat kita. CPN tak pernah ajak lelaki datang rumah kecuali time raya. Lepas husband balik, ayah cakap : Angah hang toksah kawan dengan laki lain dah. Hang kawan dengan Piduih (Firdaus) je. Haha!

Dia juga akan selalu tanya apa kita tengah buat. Kalau tak mesej seharian, malam tu bagilah laporan penuh kat dia ye. Jangan buat orang risau. Nak pula long distance punya cinta (macam CPN) haha. Siang busy kerja, malam la baru nak berjiwang merajuk memujuk bagai. Haha.
Bila keluar dating sangat jaga solatnya. Jaga batas pergaulan tu. (Bukan nak kata CPN baik sangat). Nak tengok movie ke jalan-jalan ke, rancang masa bila solat. Kalau boleh jangan la tinggal solat ye. Bukan nak menunjuk kat bakal husband tu, tapi jaga hubungan kita dengan Allah dulu, In Sha Allah,  Allah juga akan jaga hubungan kita dengan bakal husband kita tu (Amin)

 
Tanya diri sendiri

Bila awak pandang dia, tenung dalam-dalam wajah dia, cuba tanya diri sendiri : mampu tak dia sara hidup awak? Boleh tak dia terima awak seadanya? Boleh tak dia hidup susah dan senang dengan awak? Ketawa sama, menangis sama? Boleh dia jaga awak macam mak ayah awak jaga awak? Or lebih better? Boleh tak dia jadi imam awak? Ketua keluarga kecil awak? Sama-sama jaga anak-anak awak nanti? Boleh tak dia tegur salah dan silap awak supaya boleh perbaiki diri sendiri dan masa depan? Boleh tak dia jadi suami awak kat syurga nanti? Jika semua jawapannya ya, sila teruskan.


Buat Keputusan

Hah. Bab ni memang lemah. Nak tolak nanti si dia makan hati. Tak pe, jika awak dah full scan dia, buat solat istikarah. Minta diberi petunjuk. Jika awak tak boleh carry on dengan dia, bagitahu. Explain kat dia kenapa tak boleh teruskan. Jangan biar dia floating je. Kasihan dia menunggu. Kalau awak confirm dia sesuai  jadi husband awak, jaga hubungan tu elok-elok. Jaga diri, doa banyak-banyak minta petunjuk dan kekalkan hubungan hingga ke akhir hayat dan hingga ke taman syurga (doa CPN tiap kali solat) huhu. Goodluck awak ye!




I’ve found one (and only), Alhamdulillah

Cik Puan Nuyon



Tuesday, 14 June 2016

Dan Apabila Cik Puan Nuyon Sentap..

Bismillah

15.06.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Hm. Kali ni CPN nak post pendek je. sebab CPN tersentap kejap. haha. 
CPN pergi muhasabah diri jap ye. CPN baca ni kt FB :


Antara pantang larang personal branding dalam media sosial adalah:

1. Membincangkan kesilapan dan kelemahan orang lain
2. Mengkritik orang lain
3. Menyindir orang lain
4. Meluahkan perasaan tidak puas hati kita terhadap sesiapa sahaja
5. Membela diri kita apabila dikritik orang
6. Melaporkan episod-episod negatif yang dilihat di sekeliling kita
7. Mencatitkan perkara-perkara negatif yang melintas dalam fikiran kita

Credit to: Puan Ainon Mohd



Ada yang umur 18 dah bertunang.
Ada yang umur 18 dah kahwin.
Ada yang umur 18 dah ada anak.
Ada yang umur 18 dah ada kereta.
Ada yang umur 18 dah ada rumah.
Ada yang umur 18 dah mati.

Rezeki masing-masing.

Credit to: tak ingat. Dari FB. haha 




Bulan Puasa Bulan Mulia, Post yang indah saja
Cik Puan Nuyon