Bismillah
28.11.2016
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Berapakah nilai hantaran yang patut untuk seorang gadis? 10k? 20k? Tak perlu hantaran? Cukup sekadar mas kahwin? Dah lama CPN nak meluahkan perasaan kat blog tapi tak terluah.. Takut ada yang baca dan terasa hati. Apa-apa pun ini hanyalah pendapat dan fikiran CPN saja, sebab dah beberapa majlis CPN tengok bincang hal wang hantaran ni. Ada yang CPN baca di media sosial and ada yang CPN compare with other cousins. Ini adalah pengalaman CPN, jika ada yang salah, jangan malu comment di bawah ye..
Bila dua hati bersatu, (ewahh..) maka berbincanglah bakal pengantin ni dengan parents mereka.. Jika bertunang, biasanya pihak perempuan akan tetapkan jumlah wang hantaran yang mereka kehendaki, berapa dulang hantaran berbalas berapa dan jumlah mas kahwin.
Ada beza barang hantaran untuk pertunangan dan perkahwinan. Untuk Majlis Pertunangan, biasanya barang hantaran terdiri daripada sirih junjung / tepak sirih (bergantung kepada adat negeri/ keluarga masing-masing), sepasang baju atau kain untuk hari penikahan, yang lain-lain terdiri daripada manisan, gubahan gula-gula, kek, buah, mostly makanan manis. Pihak lelaki akan ada satu dulang khas untuk cincin pertunangan & merisik. Dulang hantaran pihak perempuan berjumlah ganjil manakala pihak lelaki berjumlah genap.
Dulu-dulu jodoh adalah dari gadis kampung sendiri atau kampung sebelah sahaja, maka cincin merisik dihantar dulu oleh parents lelaki kepada parents perempuan. Sekadar cincin tanya orang kata, si gadis ini dah ada yang sunting ke belum. Sekarang, jodoh jauh-jauh, negeri lain-lain. Maka untuk menjimatkan kos dan masa, hanya satu majlis diadakan dengan 2 cincin; satu cincin merisik dan satu cincin pertunangan. Biasanya cincin merisik ni cincin belah rotan, tiada batu. Manakal cincin pertunangan adalah cincin berbatu.
Seeloknya kedua family telah berbincang dahulu mengenai hal barang hantaran, wang hantaran dan mas kahwin ni. Awak harus faham, orang Melayu ni ada adat dan kebiasaan mereka. Bukan boleh sesuka hati nak skip itu ini. Dah banyak CPN baca kat media sosial, "Tak ada hantaran tak boleh kahwin" kata emaknya. Maka mengamuklah si anak dara ni. Kononya ini hanyalah adat semata, tak perlu letakkan hantaran yang tinggi, yang penting akad dan mas kahwin serta walimah. Dik non, ibu mana yang tak nak tengok anaknya bersanding? Pakai lawa-lawa, diraikan bagai raja sehari? Biar dia berhutang bergolok gadai pun ada yang sanggup dik non..
Ada satu family tu CPN hadir majlis pertunangan, mak pengantin perempuan kalut-kalut masa orang berbincang. Sepatutnya family dah bincang siap-siap nak bagi baranng hantaran berapa, wang hantaran berapa, dan mas kahwin berapa. Masa majlis tu nanti cuma sekadar majlis sahaja, tak ada lagi nalk mintak diskaun ke apa dah.. sebab orang yang dengar ni tak sedap.. Dijadikan cerita, masa orang lelaki tengah berbincang, si emak kalut datang joint sekali sebab tak puas hati dengan wang hantaran tu.
Perbincangan ni biasanya bukan dari parents kedua pihak, seeloknya orang tengah sahaja. Pakcik dari sebelah perempuan atau ketua kampung dengan pihak lelaki dari kalangan pakcik atau orang tua atau orang yang berpengalaman. Perlu faham "seribu serba satu" tu apa, "belanja hangus" "termasuk mas kahwin" Ada tempat serba satu tu; baju, kasut, handbag, barang keperluan diri. kalau emas serba satu tu rantai, gelang, cincin, anting-anting serba satu.
Wang hantaran tu digunakan untuk walimah, untuk menjamu tetamu. Ada parents yang bagi semua wang hantaran tu pada anak perempuan diorang untuk belanja pelamin makeup baju semua (untungla) dan belanja kenduri parenst yang keluarkan. Kalau ada 6-7 anak perempuan tak ke parah tu? kalau orang senang tak apa, kalau orang susah? Terpulangla kepada keluarga masing-masing.
Kalau dik non kata tak perlu wang hantaran, agak-agak camne parents nak buat majlis? kot ye nak jamu 100-200 orang pun guna jugak duit kan.. katalah "sekadar menghebahkan kata anak perempuan dah kahwin" mesti nak jamu orang makan juga.. Ada jugak dik non warning parents, jangan letak tinggi-tinggi, kesian boyfriend diorang nak cari duit.. Tak pun, jangan sebab dik non ada degree ke master ke, tak nak orang letak tinggi tak dicompare.. dik non kau menyimpan la sama kalau rasa tinggi wang hantaran tuuu..
Sama-sama simpan belanja kahwin
Cik puan Nuyon
No comments:
Post a Comment