Bismillah
28.11.2016
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Berapakah nilai hantaran yang patut untuk seorang gadis? 10k? 20k? Tak perlu hantaran? Cukup sekadar mas kahwin? Dah lama CPN nak meluahkan perasaan kat blog tapi tak terluah.. Takut ada yang baca dan terasa hati. Apa-apa pun ini hanyalah pendapat dan fikiran CPN saja, sebab dah beberapa majlis CPN tengok bincang hal wang hantaran ni. Ada yang CPN baca di media sosial and ada yang CPN compare with other cousins. Ini adalah pengalaman CPN, jika ada yang salah, jangan malu comment di bawah ye..
Bila dua hati bersatu, (ewahh..) maka berbincanglah bakal pengantin ni dengan parents mereka.. Jika bertunang, biasanya pihak perempuan akan tetapkan jumlah wang hantaran yang mereka kehendaki, berapa dulang hantaran berbalas berapa dan jumlah mas kahwin.
Ada beza barang hantaran untuk pertunangan dan perkahwinan. Untuk Majlis Pertunangan, biasanya barang hantaran terdiri daripada sirih junjung / tepak sirih (bergantung kepada adat negeri/ keluarga masing-masing), sepasang baju atau kain untuk hari penikahan, yang lain-lain terdiri daripada manisan, gubahan gula-gula, kek, buah, mostly makanan manis. Pihak lelaki akan ada satu dulang khas untuk cincin pertunangan & merisik. Dulang hantaran pihak perempuan berjumlah ganjil manakala pihak lelaki berjumlah genap.
Dulu-dulu jodoh adalah dari gadis kampung sendiri atau kampung sebelah sahaja, maka cincin merisik dihantar dulu oleh parents lelaki kepada parents perempuan. Sekadar cincin tanya orang kata, si gadis ini dah ada yang sunting ke belum. Sekarang, jodoh jauh-jauh, negeri lain-lain. Maka untuk menjimatkan kos dan masa, hanya satu majlis diadakan dengan 2 cincin; satu cincin merisik dan satu cincin pertunangan. Biasanya cincin merisik ni cincin belah rotan, tiada batu. Manakal cincin pertunangan adalah cincin berbatu.
Seeloknya kedua family telah berbincang dahulu mengenai hal barang hantaran, wang hantaran dan mas kahwin ni. Awak harus faham, orang Melayu ni ada adat dan kebiasaan mereka. Bukan boleh sesuka hati nak skip itu ini. Dah banyak CPN baca kat media sosial, "Tak ada hantaran tak boleh kahwin" kata emaknya. Maka mengamuklah si anak dara ni. Kononya ini hanyalah adat semata, tak perlu letakkan hantaran yang tinggi, yang penting akad dan mas kahwin serta walimah. Dik non, ibu mana yang tak nak tengok anaknya bersanding? Pakai lawa-lawa, diraikan bagai raja sehari? Biar dia berhutang bergolok gadai pun ada yang sanggup dik non..
Ada satu family tu CPN hadir majlis pertunangan, mak pengantin perempuan kalut-kalut masa orang berbincang. Sepatutnya family dah bincang siap-siap nak bagi baranng hantaran berapa, wang hantaran berapa, dan mas kahwin berapa. Masa majlis tu nanti cuma sekadar majlis sahaja, tak ada lagi nalk mintak diskaun ke apa dah.. sebab orang yang dengar ni tak sedap.. Dijadikan cerita, masa orang lelaki tengah berbincang, si emak kalut datang joint sekali sebab tak puas hati dengan wang hantaran tu.
Perbincangan ni biasanya bukan dari parents kedua pihak, seeloknya orang tengah sahaja. Pakcik dari sebelah perempuan atau ketua kampung dengan pihak lelaki dari kalangan pakcik atau orang tua atau orang yang berpengalaman. Perlu faham "seribu serba satu" tu apa, "belanja hangus" "termasuk mas kahwin" Ada tempat serba satu tu; baju, kasut, handbag, barang keperluan diri. kalau emas serba satu tu rantai, gelang, cincin, anting-anting serba satu.
Wang hantaran tu digunakan untuk walimah, untuk menjamu tetamu. Ada parents yang bagi semua wang hantaran tu pada anak perempuan diorang untuk belanja pelamin makeup baju semua (untungla) dan belanja kenduri parenst yang keluarkan. Kalau ada 6-7 anak perempuan tak ke parah tu? kalau orang senang tak apa, kalau orang susah? Terpulangla kepada keluarga masing-masing.
Kalau dik non kata tak perlu wang hantaran, agak-agak camne parents nak buat majlis? kot ye nak jamu 100-200 orang pun guna jugak duit kan.. katalah "sekadar menghebahkan kata anak perempuan dah kahwin" mesti nak jamu orang makan juga.. Ada jugak dik non warning parents, jangan letak tinggi-tinggi, kesian boyfriend diorang nak cari duit.. Tak pun, jangan sebab dik non ada degree ke master ke, tak nak orang letak tinggi tak dicompare.. dik non kau menyimpan la sama kalau rasa tinggi wang hantaran tuuu..
Sama-sama simpan belanja kahwin
Cik puan Nuyon
Wednesday, 28 December 2016
Bagaimana nak berfikiran positif jika belum dikurniakan anak?
Bismillah
28.12.2016
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Tak ada isi lagi ke? Tak pergi check ke? Tak pandai buat la tu (wtf?!) Nak tunggu berapa lama lagi? Planning ke? Sebelum 30 kena ada anak sebanyak boleh, nanti dah kendur.. (pffft..) haha dah naik polak CPN dengar semua ni. Soalan-soalan ni CPN dah biasa dengar, sehabis baik jawab dengan berhemah. Fyi, CPN dah try to concieve (TTC) almost 3 years. Nanti CPN cerita apa yang CPN lalui sepanjang TTC ni.
Cuma ada satu hal yang membuatkan CPN terasa yang amat sangat minggu lepas. Sekarang dah cool down sikit dan ambil keputusan nak luah perasaan kat blog CPN ni. Soalan CPN, Apa korang akan buat kalau : masa kenduri kendara kau yang sibuk-sibuk siapkan segala, buat hantaran, jadi runner, jadi tukang kemas rummh, jadi driver bawak shopping barang, jadi designer, interior bagai, tapi bila dah habis kenduri, senyap je. Tup-tup tau pregnant 6-7 bulan? Takkan la mak-mak sedara tak tahu kan? Camne nak hilangkan perasaan ni?
1. Marah. Yup, CPN marah. Sebab CPN tak tahu. Masa kau susah aku tolong, masa kau happy kau senyap. Mak kata: ala.. nak jaga hati kau lah tu.."
2. Apa pun tak nak buat. Duduk diam-diam scroll facebook, baca benda yang menyenangkan hati. Tengok youtube. Malas keluar rumah. Lantak la hangpa nak pi mana.
3. Buat bodoh. Ada perkara-perkara excitement sekeliling CPN sepanjang 2-3 hari marah belum reda tu, CPN buat bodoh je. Tak ambil port sangat.
4. Elakkan pandang orang-orang yang telah melukankan hati CPN. Sebab nanti takut tambah rasa meluat dan terkeluar perkataan tak sepatutnya.
5. Telefon mak. Menangis dan mengadu sehabis mungkin.
6. Whatsapp kawan-kawan rapat dan mintak pendapat diorang.
Jadi, setelah lalui beberapa hari yang getir itu, CPN buat keputusan agar cooldown saja, jangan ambil port sangat. CPN simpan dendam? for sure, tengoklah camne nanti. haha.. Terima kasih mak, kawan-kawan yang bagi nasihat, terima kasih juga orang yang telah lukakan hati CPN walaupun tanpa sengaja.
Sebenarnya CPN je yang telah berfikiran negatif. Fikir yang bukan-bukan kan? Oleh itu, CPN share apa yang dapat sepanjang beberapa hari rasa marah tu :
1. Berlapang dada.
2. Diorang tak rapat dengan CPN. So CPN tak perlu tahu hal diorang.
3. Fikir, ada orang yang keadaan lebih tidak bernasib baik dari kita. Sebaya, tapi belum ada jodoh. Dah kahwin awal, tak ada anak pula. Dah ada anak, masalah kewangan.
4. Alihkan perhatian kepada perkara lain. Sebab hal anak ni rezeki dari Allah, bukan kita yang boleh control. So CPN start (bisnes yang tak berapa bisnes tu), ambil tempahan menjahit..
5. Fokus kerja, hal rumah tangga, arrange sebaik mungkin.
6. Ingat pada Allah.. Dialah pencipta segala. Baca Quran, renung balik, mungkin solat CPN tak perfect, tak khusyuk, tak di awal waktu, doa tak bersungguh..
7. Plan pergi bercuti ke luar negara. Weeeee~
Ada satu komen kat facebook no CPN baca, termenung jap :
"terlalu banyak bersangka sangka, tak kenal maka tak cinta, elakkan merasa diri sentiasa lebih baik dari orang lain"
perghh.. deep kak.. haha CPN tak nak fikir dah bukan-bukan.. Selalu tanya husband "kita tak layak ke jadi parents..?' sedih beb!
TTC3yrs.
Cik Puan Nuyon

Tuesday, 22 November 2016
Kenapa Cik Puan Nuyon dah lama tak tulis blog...?
Bismillah
23.11.2016
Assalamualaikum
Salam sejahtera.
Ada orang cari tak blog CPN ni..? Untungla kalau ada. haha. Teringat kata-kata kawan CPN masa mula-mula publish blog and share kat facebook. "Jangan hangat tahi ayam je cam aku" ok. Bukan hangat tahi ayam.. cuma tak sempat je.. CPN busy sangat la.. Sebabnya blog ni CPN nak type panjang-panjang.. menjemah macam-macam baru puas hati.. dah kata macam diary kan? haruslah meluahkan perasaan. haha. kat facebook tu tak boleh, nanti buat orang annoyed je baca berjela ni. kan? haha!
Macam-macam CPN buat sepanjang tak tulis blog ni. Antaranya :
1. Underwent minor surgery (saddest part of my life)
2. Kerja, meeting, bengkel, kursus
3. Jalan-jalan ke Sabah
4. Kerja luar operasi
5. Start bisness kecil-kecilan
Berminat nak tau cerita CPN? hihi nanti CPN cerita serba sedikit ye. Kot-kot boleh jadi pedoman hidup. hahaha
Lama menyepi but i'll be there for you - lagu tuu
CPN

Thursday, 4 August 2016
Kenapa peghutang susah nak bayar hutang?
Bismillah
05.08.2016
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
KES 1
CPN ada main kutu dengan officemate lama. Main 12 orang. Bila turn CPN dapat kutu, macam-macam alasan
Siti (bukan nama sebenar) bagi. Dia yang lead team tu, so semua orang bank in
pada dia. Centralized. Senang.
2 minggu CPN MC sebab ada buat minor surgery. CPN nak pakai
duit sikit. Masa tu dah gap lebih seminggu dari tarikh sepatutunya CPN dapat.
Sepatutnya 7 haribulan.
Alasan-alasan dia termasuklah:
1. 5
July; telefon dia rosak & CPN kena forward balik no akaun CPN
2. Raya
6 & 7 July. Balik kampung, tak ada line telefon.
3. Kampung
kawasan pedalaman dan tak ada bank.
4. 13
July; masih tak bank in. Dia demam dan throat infection
5. 17
July; Baru elok sakit, janji petang akan transfer lepas balik dari hospital
6. Dia
dah cakap pada officemate lama suruh transfer pada CPN sebab ramai main dari
office lama
7. Petang
tu ada kematian. Demi Allah esok dia bank in katanya
8. 18
July; baru gerak dari Mersing, mungkin sampai seremban 1am
9. Takut
bank in 2am, pagi-pagi esok pergi kerja baru bank in
10. 19
July (gap 12 hari) 8:46pm baru transfer guna Maybank2u tapi masuk dalam 40% je
11. Ayat:
dia “guna duit dia dulu” transfer kat CPN
12. Balance
60% lepas kerja dia akan bank in lepas kerja sebab cash kat dia
13. Lepas
waktu kerja; dia tak keluar office lagi
14. Tunang
dia akan transfer
15. 9:20pm
baru dia transfer balance 60% kat CPN Fuhh..
Fakta:
1. Nak bank in, tapi tak sempat, last-last
guna Maybank2u jugak.
2. Tanya member-member lain kat office lama
kebanyakan dah bayar awal before raya
3. Kenapa tak bank in sedebuk 100%?
4. Kenapa ada cash in hand padahal seorang
je bagi cash kat dia, yang lain semua transfer ke akaun dia?
KES
2
Member
nak pinjam 5k nak urgent untuk deposit rumah. 5k tak ada, tapi 2k berani bagi.
(Simpanan ASB yang tak seberapa tu). CPN percaya sebab housemate masa study
dulu so kita kenal dia macam mana.
Janji
bayar dalam masa sebulan. Dah lebih sebulan, saja biar dulu CPN tak tanya.
Dalam 1 ½ bulan camtu dia whatsapp kata dia accident pada hari dia nak bank in
dan anak warded.
Hmm..
Sampai hari ni belum bank in.
KES
3
Sama
kes no 2 tapi sedara yang nak pinjam 2.5k untuk deposit rumah juga. Bagi pinjam
sebab tau dia susah nak dapat sebanyak tu dalam masa singkat. Lagipun dia bukan
orang berada. Dipendekkan cerita, rumah yang dia apply tak lepas untuk loan or
tak layak agaknya.
Tapi
senyap saja. Dapat tahu dari orang lain, sepatutnya deposit tu boleh pulangkan
balik kesemuanya. Sudahnya bank in 1k saja dulu. Hmm..
Tak
pelah. CPN ni baik hati orangnya. (Puji
diri sendiri haha) Kita tolong diorang masa susah, mana tahu masa kita
susah diorang pula akan tolong kita?
Ceti
tanpa bunga
Cik
Puan Nuyon
Monday, 20 June 2016
Macam mana nak tahu he’s the one?
20.06.2016
Bismillah
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Zaman anak dara ni. Haha. Buat member-member yang masih
mencari atau jika sedang couple, mesti tertanya-tanya kan? Mana tak nya, lelaki
tu bakal habiskan hayat dengan kau. Scary tak? Haha. Macam mana kalau depan
kita dia pijak semut pun tak mati, tapi bila dah kahwin nanti perangai dia tak
boleh blah? Meh CPN try bagi beberapa tips nak ease tension or kurangkan sikit speculation
awak tu. Haha
Selidik latar belakang
Tanya habis-habis. Sampai awak puas hati. Stay mana? Mak
ayah siapa? Kerja apa? Adik beradik berapa? Ada kakak tak? (penting tu kena
tanya haha) Mak dia macam mana? Abah dia macam mana? (Kalau pernah bercerai
kena ambil tahu tu) Kakak adik abang dia macam mana? Diorang study kat mana?
Kerja apa? Dia anak nombor berapa? Study kat mana? Kerja apa? Bila free buat
apa? Apa future planning awak? Apa yang awak expect untuk future wife awak? Apa
yang awak expect untuk family awak? Gaji berapa? Ada hutang apa? Ada asset apa?
Jika tiada lagi, apa plan awak? Simpanan berapa? Duit gaji habis pergi mana?
Macam mana manage gaji? Selalu tukar handphone tak? Barang-barang jenis branded
ke tak? Smoker ke tak? Ada hobi apa? Suka makan apa? Makan kat mana? Suka
shopping kat mana? Tanya semua tau. Haha
Bila dah tau, awak boleh buat kesimpulan awal tentang diri
dia. Ada idea diri dia tu macam mana. Sekufu ke tidak dengan awak. Even kalau
dia berlakon or sangat pandai sorok, its ok. Boleh try cara lain. Haha
Testing-testing
Oii bukan test benda bukan-bukan ye. Haha. Tanya soalan
serampang dua mata. Jika awak seorang yang baik (hmm) Khamis malam jumaat tu
biasanya awak baca Yassin. Dah sudah tu awak try tanya, dah ngaji baca Yassin
ke belum? Ting! Satu mata! Haha Bila dah bangun Subuh tu try mesej dia, awak..
dah bangun belum? Tingting! 2 mata! Haha
Jika awak selalu membaca, cuba minta pendapat dia. If dia
dapat reply dengan facts (tak merapu-rapu) kira ok la tu. If pendapat awak tak
sama dengan dia, its ok, its just pendapat sahaja. Tak semestinya dia salah,
tak semestinya awak betul. Cuba tengok dari angle lain pula. Maybe dia 80%
betul? Mana tahu? Tingtingting! 3 mata!
Dulu-dulu CPN bercinta masa student. Mana la ada duit
sangat. Awak, kenapa tak mesej saya? Hm, tak ada duit nak topup. Takpe, nanti
saya share credit kat awak eh, type mesej panjang-panjang tau, baru send.
Haha! Bagus ni, bab duit tak berkira.
Tingtingtingting! 4 mata! Tapi janganla awak test sampai kopak orang tu. Ajak
makan tengok siapa yang bayar. Kalau dia belanja makan, awak belanja tiket
movies. Sama-sama tong la.
Ada member CPN dulu masa couple asal balik je dapat teddy
bear lah, bunga lah. Siap cerita dapat elaun RM1,000 setiap bulan (ntah betul
ke tak dia tu). Yang nak balik kampung siap berhantar. Yang tiap-tiap minggu
keluar dating tu jangan cerita la. Memang tak sah kalau tak keluar. Last-last
kahwin dengan orang lain. Opss! Jodoh la katakan, nak buat macam mana kan? Viral boyfriend layan girlfriend macam princess tu? Sila abaikan dan berpijak dibumi yang nyata ye. haha
Dia sayang awak sepenuh hati
Macam mana nak tahu? Haha ni complicated sikit. Tapi setiap
orang ada cara masing-masing tunjuk sayang dia tu. Ada yang bila dah couple tu
rasa jealous meruap-ruap sangat. Sayang la tu. Haha. Bila dah confirm dengan
dia, jangan la nak try keluar dengan lelaki lain pula. Belajar hormat dia
sebagai bakal suami kita. Kurangkan pergaulan dengan lelaki lain. Teringat dulu
CPN pernah ajak kawan (husband) datang rumah nak bawak jalan-jalan tempat kita.
CPN tak pernah ajak lelaki datang rumah kecuali time raya. Lepas husband balik,
ayah cakap : Angah hang toksah kawan dengan laki lain dah. Hang kawan dengan
Piduih (Firdaus) je. Haha!
Dia juga akan selalu tanya apa kita tengah buat. Kalau tak
mesej seharian, malam tu bagilah laporan penuh kat dia ye. Jangan buat orang
risau. Nak pula long distance punya cinta (macam CPN) haha. Siang busy kerja,
malam la baru nak berjiwang merajuk memujuk bagai. Haha.
Bila keluar dating sangat jaga solatnya. Jaga batas
pergaulan tu. (Bukan nak kata CPN baik sangat). Nak tengok movie ke jalan-jalan
ke, rancang masa bila solat. Kalau boleh jangan la tinggal solat ye. Bukan nak
menunjuk kat bakal husband tu, tapi jaga hubungan kita dengan Allah dulu, In
Sha Allah, Allah juga akan jaga hubungan
kita dengan bakal husband kita tu (Amin)
Tanya diri sendiri
Bila awak pandang dia, tenung dalam-dalam wajah dia, cuba tanya diri sendiri : mampu tak dia sara hidup awak? Boleh tak dia terima awak seadanya? Boleh tak dia hidup susah dan senang dengan awak? Ketawa sama, menangis sama? Boleh dia jaga awak macam mak ayah awak jaga awak? Or lebih better? Boleh tak dia jadi imam awak? Ketua keluarga kecil awak? Sama-sama jaga anak-anak awak nanti? Boleh tak dia tegur salah dan silap awak supaya boleh perbaiki diri sendiri dan masa depan? Boleh tak dia jadi suami awak kat syurga nanti? Jika semua jawapannya ya, sila teruskan.

Buat Keputusan
Hah. Bab ni memang lemah. Nak tolak nanti si dia makan hati.
Tak pe, jika awak dah full scan dia, buat solat istikarah. Minta diberi
petunjuk. Jika awak tak boleh carry on dengan dia, bagitahu. Explain kat dia kenapa tak boleh teruskan. Jangan biar dia
floating je. Kasihan dia menunggu. Kalau awak confirm dia sesuai jadi husband awak, jaga hubungan tu elok-elok.
Jaga diri, doa banyak-banyak minta petunjuk dan kekalkan hubungan hingga ke
akhir hayat dan hingga ke taman syurga (doa CPN tiap kali solat) huhu. Goodluck
awak ye!
I’ve found one (and only), Alhamdulillah
Cik Puan Nuyon
Tuesday, 14 June 2016
Dan Apabila Cik Puan Nuyon Sentap..
Bismillah
15.06.2016
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Hm. Kali ni CPN nak post pendek je. sebab CPN tersentap kejap. haha.
CPN pergi muhasabah diri jap ye. CPN baca ni kt FB :
Antara pantang larang personal branding dalam media sosial adalah:
1. Membincangkan kesilapan dan kelemahan orang lain
2. Mengkritik orang lain
3. Menyindir orang lain
4. Meluahkan perasaan tidak puas hati kita terhadap sesiapa sahaja
5. Membela diri kita apabila dikritik orang
6. Melaporkan episod-episod negatif yang dilihat di sekeliling kita
7. Mencatitkan perkara-perkara negatif yang melintas dalam fikiran kita
Credit to: Puan Ainon Mohd
Ada yang umur 18 dah bertunang.
Ada yang umur 18 dah kahwin.
Ada yang umur 18 dah ada anak.
Ada yang umur 18 dah ada kereta.
Ada yang umur 18 dah ada rumah.
Ada yang umur 18 dah mati.
Rezeki masing-masing.
Credit to: tak ingat. Dari FB. haha
Bulan Puasa Bulan Mulia, Post yang indah saja

Friday, 3 June 2016
Kan mak dah kata..
Bismillah
03.06.2016
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Kan mak dah kata..
Jangan keluar rumah sembarangan. Jangan kawan dengan orang
sembarangan. Kau degil. Kononnya kau nak keluar tu sekadar suka-suka. Nak
release tension. Celah mana tension baru tingkatan satu ke dua? Dah janji
dengan kawan-kawan. Siapa suruh kau janji? Malu nak cakap yang mak tak bagi kau
keluar? Malu nak cakap kau masih anak mak duduk bawah ketiak mak? Patutnya kau
bangga mak tu masih ambil berat pada kau. Masih care lagi pasal kau!
Kan mak dah bagitahu..
Pilih kawan tu baik-baik. Ini tidak, nak kawan dengan yang
glamour, ada group. Baru dipandang satu sekolah. Baru orang lain tak berani usik.
Ada abang angkat kakak angkat berbelas-belas. Abang kakak kat rumah tu buat
apa? Buat main gusti je? Ikut fesyen terkini. Gaya terkini. Kalau gothic,
gothiclah, kalau skinhead, skinheadlah, kalau hip hop, berhip hoplah kau atas
tikar guling-guling sampai bahu retak bagai. Yang latest yang menari tangan
lembik-lembik tu apa? Ntah mak pun tak tahu. Orang ada awek, kau nak awek.
Orang ada pakwe, kau nak pakwe.
Kan mak dah cakap..
Belajar elok-elok. Bukan untuk mak, untuk masa depan kau
jugak. Kalau kau ingat mak, nanti kau tolonglah mak sikit-sikit semampu sedaya
kau. Ini tak, sibuk bercouple. Lepas tu mintak handphone nak contact selalu. Rindu
katanya. Pui! Mak yang besarkan kau ni pernah kau Tanya mak dah makan ke belum?
Dah mandi ke belum? Buat apa tu? Sihat ke idokkkk? Hmph. Lahai anak. Dah minta
handphone minta topup pula. Minta lagi duit belanja nak keluar dating. Nak
belanja awek. Bluuuekkk! Tak malu!
Kan mak dah cakap banyak kali..
Mak ni dah makan garam lebih dari kau. Kau tahu apa? Tak
reti nak faham bila orang kata tak boleh tu tak boleh la. Jangan Tanya kenapa.
Fikir sendiri baik buruknya. Kalau bukan sekarang mungkin tahun-tahun akan
datang baru boleh. Mak dah lalui apa yang kau lalui sekarang ni. Just ikut je
apa orang lebih tua cakap. Demi kebaikan kau sendiri juga. Mak nak protect kau.
Sebab mak sayang kau. Kalau dah tersilap langkah sangat-sangat susah nak patah
balik. Percayalah.
Kan mak dah bebelkan banyak kali..
Fokus belajar tu. Bukan susah. Semua dah tersedia. Yuran dah
tolong bayar. Buku dah dibelikan. Baju baru berganti setiap tahun. Kau duduk je
belajar. Payah sangat? Bukan kau kena kerja untuk tampung belanja tu. Pergi
tengok bil mak dah bayar tu. Kau mampu cari duit sebanyak tu? Tak mampu kan? So
duduk diam-diam, belajar elok-elok, buat sehabis baik sebab orang dah berpenat
lelah nak sekolahkan kau. Susah sangat ke? Ye, tahu. Mak tahu kau nak cuba
benda baru. Benda baik tak apa, kalau benda tak baik?
Kan mak dah cakap banyak kali sampai berbuih-buih mulut ni
ha..
“Nak cuba-cuba” kau tu benda apa? Tak cool la tak hisap rokok. Paaang! Meh mak
tampor pipi tu! Pak hang abang hang pun tak hisap rokok, hang pula nak try?
Mula sebatang, kongsi-kongsi dengan kawan. Lepas tu tak cukup. Nak lagi. Duit
sekolah bagi buat makan beli benda haram jadah tu. Perut lapar pergi pau duit
orang. Curi duit orang. Nak minta duit lebih confirmla kena pelangkung. Dah
mula tipu mak. Duit kat rumah habis hilang. Duit syiling lesap. Tabung adik kau
licin. Lahai anak. Kan mak dah cakap?
Biarlah kau tinggi suara kat mak. Biarlah kau marah mak. Biarlah
kau tarik muka pat belas dengan mak. Kau tak faham kenapa mak buat macam ni
sekarang. Nanti baru kau faham kenapa. Mak sayang kau. Mak yang lahirkan kau.
Besarkan kau. Tak kanlah mak nak biarkan kau hidup dengan sia-sia? Mak nak
tengok kau berjaya. Baru sejuk perut mak ni mengandungkan kau. Faham?
Syurga bawah tapak kaki mak
Cik Puan Nuyon
Subscribe to:
Posts (Atom)