Thursday, 31 March 2016

Perbelanjaan Majlis Perkahwinan : Bersediakah anda?

Bismillah

31.03.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Saya terpanggil nak komen pasal viral gaduh di hari pernikahan tak cukup hantaran RM 15 k tu.. sampai bergaduh-gaduh.. menjerit-jerit, bertumbuk bagai.. kat masjid pula tu.. siap ada orang rakam.. malu nya tengok..

Ada pula yang post mudahkan nikah tu.. mas kahwin hanya RM 100, buat jamuan makan sikit-sikit, baju pakai baju raya tahun lepas je.. ada pula komen minta hantaran sampai 15k (kira tinggi la tu), perempuan baru umur 21, pandai ke dia masak? urus rumah? urus anak? menjahit mengait menyulam apatah lagi..

Dari kejadian tu (yang dirakam) dan yang tak rakam, melalui cerita kawan-kawan, dan dari saya sendiri pun pernah menyaksikan hal tak puas hati tentang belanja hantaran ni..  Sebenarnya pokok pangkal attitude masing-masing.. soal hormat-menghormati, bertolak ansur tu dah hilang..

Terpulang la pada masing-masing punya perancangan.. kalau nak simple, buat la simple.. kalau nak grand, buatla grand.. Yang pastinya mulut orang akan terus bercakap.. terus komen itu ini tak kira positif ke negatif.. Bagi saya dalam perancangan perkahwinan ni satu saja : kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. itu saja.. so, buatla apa yang termampu, asalkan majlis berjalan lancar dan tiada pembaziran.

Jom kita tengok kos apa yang terlibat untuk rancang sebuah majlis perkahwinan :

Makan (jemputan 800 orang) x RM6.50/pax  : RM 5,200.00
Khemah + scallop  6 x RM160.00                       : RM   960.00
Goodies bag VIP + biasa RM 1.50 x 800            : RM 1,200.00
Photographer                                                            : RM 1,000.00
Pelamin + baju 2 pasang + makeup                        : RM 1,500.00
                                                                                      RM 9,860.00

 +/- dah RM 10,000.00 !!
sebab tu standard pihak perempuan minta 10k kan.. itu basic je..
Jom tengok apa yang orang kata "gedebak-gedebuk" cost yang lain :

DJ                                              : RM  300.00
Marhaban RM15 x 20/pax         : RM   300.00
Hiasan bilik tidur tabir + cadar    : RM   500.00
Bunting/banner/badge                 : RM   100.00
Hantaran 7 x RM 100                : RM   700.00
Homestay RM 180.00 x 2          : RM   360.00
Minyak + tol kereta rombongan  : RM  1,000.00
5 kereta x RM 200
Makan akad nikah + makan        : RM 1,000.00
homestay                                      RM 4,260.00  + RM 9,860.00  = RM 14,120.00

Itu perbelanjaan untuk pihak perempuan sahaja. untuk pihak lelaki sila x2 !
tambah lagi mahar / mas kahwin... (terpulang pada pengantin) dan upah tok kadi dan saksi.. dalam RM 100+
oh ye.. jangan lupa gelang tangan lipan emas 916 untuk batal air sembahyang ye.. hahaha

Itu belum lagi nak "perkahwinan impian" ye. itu basic sahaja. itu belum lagi :
- baju design baru macam artis
- make up artis
- fresh flowers
- kasut lip lap
- hantaran mahal iphone ke tab ke
- goodies bag tu nak yang special botol kaca macam kenduri sepupu hari tu (nak lawan sapa lagi mewah)
- photographer baeeek punya shoot (untuk kenangan masa depan)
- honeymoon Krabi (hahahaha... parah)
- set perabot baru untuk bilik pengantin

hah.. kira la sendiri.. bukan nak takut-takutkan yang belum kahwin tu.. tapi inilah realitinya..
itu sebelum + semasa majlis ye.. yang selepas majlis lain pulak cerita.. itu bersambung la di post yang lain..
panjang sangat dah ni.. hahaha..

ber KKKK
Cik Puan Nuyon




Friday, 25 March 2016

Kenapa asyik tak cukup duit ye...?

Bismillah..
25.03.2016

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..

Kenapa asyik tak cukup duit ye...? Mana Pergi duit aku ye...?
Ha.. soalan magic tiap-tiap bulan terutamanya tengah-tengah bulan bagi
sesiapa yang makan gaji tu.. (Macam saya) hihi.. 

Sesetengah orang tu kata gaji tak berkat la.. sebab curi tulang masa kerja la..
tak bayar zakat pendapatan la.. whatever pun, mari kita lihat rasionalnya :

Orang bujang :
Gaji bersih (tolak KWSP + SOCSO) average RM 1,600

Rumah sewa (kongsi)    RM    200.00
Bill api/air/astro             RM    100.00
Kereta                          RM    500.00
Minyak (jarak 10km)    RM    250.00
Makan  (RM10/day)     RM    250.00
Bill Hp/topup                 RM    100.00
TOTAL                        RM  1,400.00

Balance RM 200.00..
List atas tu baru yang core kena bayar..
Mak ayah?
PTPTN?
Tol jika ada?
Emergency cost jika perlu ke klinik?
Cost balik kampung?
Servis kereta?
Tukar tayar?
Simpan untuk insurans kereta?
Barang-barang toiletries & makeup? 
Simpanan untuk kahwin?

haish... payah kan... so terpaksalah..
1. guna kenderaan awam - KL bolehla..
2. ambil motor dulu - kalau perempuan? kalau dah sambar kereta dulu?
3. bawa bekal ke tempat kerja - macam saya.. jimat la sikit... sedap tak sedap lain cerita..
4. hanya dengar saja bila kawan-kawan cerita boleh travel sana-sini.. beli itu ini.. sedih!
5. jangan mengada-ngada tengok lazada ke.. insta ke.. 11 street ke.. - owhhh parah ni

Dah la kat tempat kerja stress.. boss perah habis-habis.. kena marah.. kena sindir
oleh senior.. kena maki (kes berat tu..) hujung bulan tinggal RM200.00.. nak reward
diri makan KFC pun berkira.. apatah lagi nak tudung neelofa ke.. baju uqasha senrose ke...
sedih ! tambah stress lagi.. adoyai..

Itu bagi yang bergaji bersih RM 1,600.00 yang maybe degree holder..
Yang dapat gaji lebih tu rezeki masing-masing la.. alhamdulillah..yang lepasan SPM ni
camne? Gaji baru RM 800 - RM900.. dengan keadaaan ekonomi yang tidak
memberangsangkan ni.. lagi kasihan kan...

Oleh itu, marilah kita :
1. Bersyukur dengan apa yang ada
2. Ukur baju di badan sendiri
3. Keep calm and just do your work..


Sedih !
Cik Puan Nuyon






Tuesday, 22 March 2016

Kenapa Cik Puan Nuyon Create Blog?

Bismillah..

23.03.2016

Assalamualaikum
Salam sejahtera....

Wah.. akhirnya saya dah create blog untuk diri sendiri.. Bolehlah menceceh kat sini..
Siapa yang sudi baca tu.. terima kasih.. haha..

Ehem.. hem.. tujuan cerate blog :

1. Seganla nak post kat FB.. Wechat.. terkadang tu kita mesti nak share rasa happy..
rasa sedih ke apa.. rasa hairan ke.. rasa terkejut ke.. tapi ada pulak post lain yang kata,
jangan share sangat.. nanti orang jealous.. nak menunjuk la.. bermegah la..FB tu
bukan diary la.. whatever laa...

2. Sesaja suka-suki.. share my feelings here.. macam diary la.. hihi..

3. Mungkin saya akan share anything yang saya tahu.. saya bolehla sikit-sikit menjahit,
baking, cooking, gubahan bunga & hantaran.. books.. travel.. nanti saya share la info or
pengalaman yang saya tahu.. semoga bermanfaat..


Yeaaayyyy~~~
Cik Puan Nuyon