Bismillah
31.03.2016
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Saya terpanggil nak komen pasal viral gaduh di hari pernikahan tak cukup hantaran RM 15 k tu.. sampai bergaduh-gaduh.. menjerit-jerit, bertumbuk bagai.. kat masjid pula tu.. siap ada orang rakam.. malu nya tengok..
Ada pula yang post mudahkan nikah tu.. mas kahwin hanya RM 100, buat jamuan makan sikit-sikit, baju pakai baju raya tahun lepas je.. ada pula komen minta hantaran sampai 15k (kira tinggi la tu), perempuan baru umur 21, pandai ke dia masak? urus rumah? urus anak? menjahit mengait menyulam apatah lagi..
Dari kejadian tu (yang dirakam) dan yang tak rakam, melalui cerita kawan-kawan, dan dari saya sendiri pun pernah menyaksikan hal tak puas hati tentang belanja hantaran ni.. Sebenarnya pokok pangkal attitude masing-masing.. soal hormat-menghormati, bertolak ansur tu dah hilang..
Terpulang la pada masing-masing punya perancangan.. kalau nak simple, buat la simple.. kalau nak grand, buatla grand.. Yang pastinya mulut orang akan terus bercakap.. terus komen itu ini tak kira positif ke negatif.. Bagi saya dalam perancangan perkahwinan ni satu saja : kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. itu saja.. so, buatla apa yang termampu, asalkan majlis berjalan lancar dan tiada pembaziran.
Jom kita tengok kos apa yang terlibat untuk rancang sebuah majlis perkahwinan :
Makan (jemputan 800 orang) x RM6.50/pax : RM 5,200.00
Khemah + scallop 6 x RM160.00 : RM 960.00
Goodies bag VIP + biasa RM 1.50 x 800 : RM 1,200.00
Photographer : RM 1,000.00
Pelamin + baju 2 pasang + makeup : RM 1,500.00
RM 9,860.00
+/- dah RM 10,000.00 !!
sebab tu standard pihak perempuan minta 10k kan.. itu basic je..
Jom tengok apa yang orang kata "gedebak-gedebuk" cost yang lain :
DJ : RM 300.00
Marhaban RM15 x 20/pax : RM 300.00
Hiasan bilik tidur tabir + cadar : RM 500.00
Bunting/banner/badge : RM 100.00
Hantaran 7 x RM 100 : RM 700.00
Homestay RM 180.00 x 2 : RM 360.00
Minyak + tol kereta rombongan : RM 1,000.00
5 kereta x RM 200
Makan akad nikah + makan : RM 1,000.00
homestay RM 4,260.00 + RM 9,860.00 = RM 14,120.00
Itu perbelanjaan untuk pihak perempuan sahaja. untuk pihak lelaki sila x2 !
tambah lagi mahar / mas kahwin... (terpulang pada pengantin) dan upah tok kadi dan saksi.. dalam RM 100+
oh ye.. jangan lupa gelang tangan lipan emas 916 untuk batal air sembahyang ye.. hahaha
Itu belum lagi nak "perkahwinan impian" ye. itu basic sahaja. itu belum lagi :
- baju design baru macam artis
- make up artis
- fresh flowers
- kasut lip lap
- hantaran mahal iphone ke tab ke
- goodies bag tu nak yang special botol kaca macam kenduri sepupu hari tu (nak lawan sapa lagi mewah)
- photographer baeeek punya shoot (untuk kenangan masa depan)
- honeymoon Krabi (hahahaha... parah)
- set perabot baru untuk bilik pengantin
hah.. kira la sendiri.. bukan nak takut-takutkan yang belum kahwin tu.. tapi inilah realitinya..
itu sebelum + semasa majlis ye.. yang selepas majlis lain pulak cerita.. itu bersambung la di post yang lain..
panjang sangat dah ni.. hahaha..
ber KKKK
Cik Puan Nuyon
No comments:
Post a Comment