Sunday, 10 April 2016

Kenapa saya suka rumah saya?

Bismillah

11.04.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Kenapa saya suka rumah saya...? Sebab die cantik !
Kenapa saya suka rumah saya...? Sebab ada mak, ayah, kakak, abang..
Kenapa saya suka rumah saya...? Saya sayang kucing saya
Kenapa saya suka rumah saya...? Sebab mak masak sedap, masak nasi..
Kenapa saya suka rumah saya...? Sebab die best....

Ingat tak iklan ni? Kalau tak silap iklan Petronas sempena Hari Kemerdekaan.
Ada orang tak suka balik rumah ke? Mungkin ada, tapi bukan bagi saya.

Saya suka rumah saya..
(Rumah sewa tu) haha.. sebab dia best... hihi.. Sebolehnya sharp pukul 5pm trus punch card and tak sabar-sabar nak balik rumah. Bila ada rezeki lebih nanti, kena dengan budget, kena dengan masa, mesti saya akan beli sebuah rumah. Itu nanti, long term planning sebab melibatkan kos yang sangat besar. Rumah. Apa ada di rumah? Kedamaian. Ya kedamaian.. Balik rumah, solat Asar, masak, kemas dapur, basuh baju, kemas rumah sapu, mop lantai buang sawang, siram bunga, sapu laman. Malam lepas makan, basuh pinggan, sidai kain or lipat kain yang dah menggunung tu.

Sekali lagi, itu kedamaian di rumah? haha.. subjektif bagi semua orang kan? Rumah sekarang berada dalam kawasan kampung. Pagi-pagi tempuh kabus ke tempat kerja. Malam dengar bunyi cengkerik, bunyi katak bila nak hujan. Pagi dengar bunyi ayam berkokok, petang bunyi angsa jiran seberang sana dan monyet menjerit. haha.. Damai hati tu

Saya suka rumah mak saya..
Rumah family di Taiping itu sangat dingin! Sejak dah berkahwin jarang balik rumah mak. Well you know Taiping  adalah kawasan paling lembab dalam Malaysia. Sebelah petang tu standby la angkat kain kat ampaian. Selalunya hujan. Rumah itu dibelakang deret kedai. Asal barang masak tak cukup, just sarung tudung and jalan kaki je. Sangat best!

Kawasan rumah itu dulunya tiada apa-apa, paling dekat pun The Store kat tengah-tengah pekan. Sekarang depan rumah ada Tesco, Taiping Sentral, depan sikit lagi ada Jusco. Belakang ada Giant. Tepi rumah corner tulah sederet pasar malam setiap hari Khamis. Laksam, Nasi Ayam Kukus, kebab, murtabak wajib beli. slurpppp alamak type sambil telan ayaq liuq ni

Rumah itu dah extend, dapat 2 bilik extra (ya, bilik saya sudah jadi stor) dan tempat solat dan mengaji mak. Porch muat 4 buah kereta. Rumah yang panjang, orang datang bagi salam pun tak dengar hihi.. Kalau tidur dah tak tahu pukul berapa sebab dalam rumah gelap saja

Saya suka rumah mak mertua saya...
Riuh! haha itulah yang boleh digambarkan. Sebab rumah kampung dan keliling saudara-mara. Ada je aktiviti setiap minggu bila balik kampung. Kena lapor diri kakt mem besau setiap hari Jumaat, sebelum Maghrib dah kena sampai. Rumah itu tepi laut, turun bawah ada sampan abah. Rumah itu sangat panas. (yelah, sebab tepi laut kan) Dengar bunyi ombak, bau hanyir air laut. Dengar kapal terbang lalu (sebab laluan air traffic ke KLIA)

Asam pedas ikan sembilang mak. Perghhhh sedap! Ikan fresh abah bawa balik dari kelaut. Tak boleh lawan lagi mak masak sesedap itu. Kucing. Banyak. Sangat banyak. Sangkar saja ada 4. Haha.. Magi, Topeng, Kakak, Sandau, Seamus, Ketot, Joyah, Peah, Lulu, Si Kembang.. siapa lagi? Dengar mak bebel kat dak Akim. haha.. Hari minggu belajau masak. Pergi jalan-jalan, pergi kenduri, pergi picnic. Ada je aktivitinya.

Home Sweet Home
Cik Puan Nuyon

Wednesday, 6 April 2016

Perbelanjaan Selepas Majlis Perkahwinan : Apa yang perlu diambilkira?



07.04.2016

Bismillah

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Bayangkan ye, penat lelah kumpul duit bertahun-tahun untuk simpanan kahwin habis dalam satu hari? Haha.. ada orang cakap biar berhabis asal puas hati (Apa la..) Terpulanglah pada masing-masing punya perancangan. Di post yang lepas saya ada share tentang perbelanjaan untuk sebuah majlis perkahwinan, sekarang saya nak share tentang cost that will incur lepas tu..

1. Hadiah untuk ahli keluarga yang datang menolong
Rasanya bab ni terpakai untuk kenduri yang dibuat secara rewang kot. Tak pasti la jika catering pun buat juga. Hadiah ni boleh diberi bermacam cara sebagai tanda appreciation untuk saudara-mara, orang kampung atau kawan-kawan yang datang membantu. Contohnya; tapau lauk, kain batik, kain pelikat, goodies bag VIP, lebihan barang-barang masak kenduri (saya pernah dapat 10kg beras!), wang ringgit dan sebagainya. Seronok buat kerja rewang ni, walaupun penat tapi happy sangat. Nak pula deal dengan orang yang perangai tak boleh blah, mesti jadi kenangan. Haha..

2. Kos perjalanan pergi bertandang
Saya tak pastilah tempat lain macam mana, or budaya dalam satu family tu macam mana, tapi kalau family saya, pengantin baru tu mesti dibawa berjalan ke rumah saudara-mara. Kira macam lawatan sambil belajar la. Tak kira tempat tu jauh atau dekat, mana yang mak pesan suruh pergi tu, pergi lah. Maka berjalanlah kedua pengantin baru ke rumah-rumah saudara mara (make sure inform dulu takut diorang tak ada kat rumah).  Berkenal-kenalan, minta nasihat, ucap terima kasih datang tolong dan  terima sebagai ahli keluarga baru (rasa terharu pula)

3. Jika isteri tidak bekerja
Incik suami sudah ada satu tanggungan tambahan. Makan pakai segala kos yang isteri tanggung seorang sekarang ditanggung pula oleh suami . Either isteri bekerja atau tidak, sedikit sebanyak perbelanjaan oleh isteri mesti masuk dalam paylist suami kan.. Nak pula isteri terpaksa berhenti kerja dan berpindah mengikut suami dengan komitment kereta dan pinjaman pelajaran yang ada. Buat masa ni bukan mudah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kita.

4. Rumah sewa
Tak kanlah selama-lama nak stay kat rumah mertua kan? Bagi pasangan yang dah berkahwin mesti mahukan satu tempat lain. Ini bukan hanya atas dasar privasi, kadang-kadang kita segan dengan keluarga husband, nak pulak mana yang jenis muslimah tu, mesti nak menutup aurat dengan ipar lain kan? Bagi yang dah biasa burp/belahak/bersin kuat tu mesti segan kan? Nak pulak tahan ken*ut. Mesti rasa terseksa kan? Hahaha.. bilik pun dah kurang satu sebab kita dengan husband dah occupied. Padahal sebelum tu elok je husband tidur di ruang tamu dari kecil. Lepas kahwin takkan kita nak join die tidur luar? Parah ni.. Jadi terpaksalah cari rumah sewa ye.. dimaklumkan area Seremban sewa RM450-RM600 untuk rumah teres 3 bilik..  Gulp!

5.  Bil api/air/astro
Bila dah masuk rumah sewa mesti ada bil api, air, astro, streamyx dan sebagainya. Itu adalah basic need. Bermulalah episode bebelan suruh jimat air, tutup lampu bila tak pakai, jangan tinggal air melimpah bila tadah air, tutup pili masa berus gigi, jangan mandi lama sangat, baju yang tak berapa kotor tu pakai balik haha..  Baru tahu mahal nak bayar bil ni.. sebelum tu ayah yang bayar so tak terasa pun.. haha.. biasanya untuk sebulan bil elektrik RM20-30, Bil air maintain RM5, streamyx jika ada dalam RM100, astro jika ada dalam RM100

6. Barang dapur
Larat ke setiap kali nak makan luar? Sekali keluar RM15-RM20 juga la kan.. Baik belajar masak, sedap tak sedap lain cerita. Nasi goreng + lauk nugget pun jadila haha.. So ke pasarayalah kita tiap-tiap minggu beli barang untuk stock seminggu. Jangan pergi hari-hari, sebab nanti ada je barang tambahan nak beli hihi.. Cost dalam seminggu tu lebih kurang RM50

7. Perabot
Bila dah pindah rumah sewa tu tak kanlah kosong je? Mesti ada perabot sikit. Set bilik tidur dapat offer Katil divan + meja solek + almari 5’ (besar tu) + free tilam 8” RM1,399.00 dan free delivery PD – Seremban (best deal ever tu!) Then sikit-sikit beli perabot,  ada sale kat Tesco, Giant & Mydin. Beli yang DIY pasang sendiri macam rak buku rendah 4 tier RM24.90, rak buku tinggi 4 tier RM59.90, rak barang rendah 3 tier RM10.00, rak dapur RM75.90, rak barang 12 partitions RM118.00. Kira murah semua tu tau. Carpet, tikar, tikar buluh, periuk import dari rumah mak. haha (terima kasih mak). Set sofa kemudian pun tak apa (Mahal tu RM1000 – RM 1500). Duduk la atas tikar tu dulu. haha

8. Pinggan mangkuk periuk belanga
Pinggan mangkuk tak perlu beli sebab mungkin banyak dapat hadiah masa kahwin. Barang elektrik pun sama (jika rezeki anda dapatlah). Biasanya barang elektrik macam rice cooker, heater, toaster, kipas, oven (wow!)  dan lain-lain. Kira complete lah semua ada. Peti ais beli dari mudah.com. Student USIM jual RM150.  TV pun beli dari mudah.com dapat RM200. Kena pandai cari, tengok hari-hari kat mudah.com  tu.

9. Lain-lain
Langsir pun import dari rumah mak mertua dan mak. Pakai yang lama punya. Nak buat baru pakai ratus RM juga tu.. Nantila bila ada budget baru buat yang baru.. Tuppaware, baldi, besen pun import mak juga.. jimat.. Rajin-rajin tanya rumah mak tu, mesti ada barang yang masih elok, tapi dia tak pakai.. hihi

10. Anak
Hmm.. tak ada apa nak komen lagi tentang tajuk ni. Bye!



Ana tak kudukutlah !
Cik Puan Nuyon

Sunday, 3 April 2016

Diam itu lebih baik?



Bismillah

04.04.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Diam itu lebih baik? Atau diam itu tanda orang yang kalah? Atau yang banyak berkata-kata itu semuanya betul? Jawapannya: TIDAK SEMESTINYA

Semua orang memandang sesuatu perkara dari sudut yang berbeza. Sebiji epal yang telah rosak mungkin akan dibuang bagi seseorang yang biasa makan epal fresh dan baik, tetapi epal yang rosak itu juga mungkin boleh dibuat jem bagi pihak lain. Siapa tahu?

Bagi saya janganlah sampai berlebih-lebih kondem or berlebih-lebih sokong. Maybe saya telah dididik dan dibesarkan dengan cara begitu (sayang mak & ayah)  ataupun melalui pengalaman hidup yang tak seberapa itu..  Dah banyak saya perhatikan post-post or sharing dari media social ni (dan rasa tersentap sikit) :

1. Buat apa beli kereta Vios… Kan lebih baik beli Camry..
Saya tak pasti tentang kedua-dua spec kereta ni.. huhu.. saja nak bagi perumpamaan je.. Vios itu lebih kecil.. murah.. kenapa beli vios.. tak berapa cantik compare to Camry.. Camry lebih elegan… kalau tukar sport rim lagi cantik.. lebih ciri-ciri safety.. bla.. bla..bla..
Last-last die beli vios jugak.. hahaha.. sama pula dengan kita.. sebab? Loan untuk Camry tak lepas…
Ada kita heboh die kenapa beli vios tak beli Camry? Tidak.. diam itu lebih baik…

2. Pekerjaannya itu tersangatlah penting dalam company tu..
Diceritakan A-Z segala tugas-tugas, isu-isu dalam company itu.. staff ini begitu, staff itu begini.. Beginilah, jika anda yang terbaik maka kerjalah baik-baik.. Jika segala macam cerita company orang luar tahu, mungkin tak anda boleh disabotaj? Ada kecurian berlaku sebab ada yang tahu memang ada petty cash dalam office.. (memang la..) Ada orang lebih berpangkat, lebih bergaji besar dari anda.. langsung tidak dicerita apa yang dilakukan apa tugasnya.. Sebab? Mungkin jawatan dia lebih penting dan lebih besar yang melibatkan rahsia-rahsia company yang tak perlu dicerita dihebohkan pun..
Ada kita heboh pangkat kita lebih tinggi or gaji kita lebih besar? Tidak.. diam itu lebih baik…

3. Adik-beradik lebih berharta tidak tolong adik-beradik yang susah..
Ada yang merungut adik beradik yang lebih berharta, yang lebih berada, yang lebih senang ini tak tolong adik-beradik yang susah. Bagi adik yang susah, dirasakan tidak adil abang ada rumah, ada kereta dua tapi tak hulur duit padanya.. tapi pada abang yang senang ni, mungkin dia fikir ini adalah titik peluh usaha dia, kenapa nak share dengan adik yang susah? Dulu kau sekolah pun tak nak pergi, sekarang meminta pula.. siapa tahu? Atau pun harta dia adalah harta dia, harta kau cari sendiri.. begitulah lumrah..
Ada kita heboh kita ni susah sangat2? Atau kita kaya sangat2? Tidak.. diam itu lebih baik…

4. Tak guna belajar tinggi-tinggi kalau tak kerja bagus..
Itulah dinamakan rezeki sayang oooi… Ada je kawan-kawan yang even belajar overseas, tidak bekerja.. surirumah sepenuh masa.. tapi ada inisiatif jual barang online or kerja dari rumah.. apa ada hal? Boleh je survive.. Lagi dekat dengan anak-anak.. Memang keadaan ekonomi sekarang tak berapa nak baik (salah siapa?) tapi berusahalah sebaiknya.. tak perlu duduk termangu merintih.. compare sangat dengan orang lain.. Study bisnes kena buat bisnes? Study lakonan kena jadi pelakon? Study agama kena jadi ustaz? Tidak semestinya…
Ada kita heboh kita belajar buat karipap maka kena jual karipap? Tidak.. diam itu lebih baik…


Shut up !
Cik Puan Nuyon