Sunday, 10 April 2016

Kenapa saya suka rumah saya?

Bismillah

11.04.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Kenapa saya suka rumah saya...? Sebab die cantik !
Kenapa saya suka rumah saya...? Sebab ada mak, ayah, kakak, abang..
Kenapa saya suka rumah saya...? Saya sayang kucing saya
Kenapa saya suka rumah saya...? Sebab mak masak sedap, masak nasi..
Kenapa saya suka rumah saya...? Sebab die best....

Ingat tak iklan ni? Kalau tak silap iklan Petronas sempena Hari Kemerdekaan.
Ada orang tak suka balik rumah ke? Mungkin ada, tapi bukan bagi saya.

Saya suka rumah saya..
(Rumah sewa tu) haha.. sebab dia best... hihi.. Sebolehnya sharp pukul 5pm trus punch card and tak sabar-sabar nak balik rumah. Bila ada rezeki lebih nanti, kena dengan budget, kena dengan masa, mesti saya akan beli sebuah rumah. Itu nanti, long term planning sebab melibatkan kos yang sangat besar. Rumah. Apa ada di rumah? Kedamaian. Ya kedamaian.. Balik rumah, solat Asar, masak, kemas dapur, basuh baju, kemas rumah sapu, mop lantai buang sawang, siram bunga, sapu laman. Malam lepas makan, basuh pinggan, sidai kain or lipat kain yang dah menggunung tu.

Sekali lagi, itu kedamaian di rumah? haha.. subjektif bagi semua orang kan? Rumah sekarang berada dalam kawasan kampung. Pagi-pagi tempuh kabus ke tempat kerja. Malam dengar bunyi cengkerik, bunyi katak bila nak hujan. Pagi dengar bunyi ayam berkokok, petang bunyi angsa jiran seberang sana dan monyet menjerit. haha.. Damai hati tu

Saya suka rumah mak saya..
Rumah family di Taiping itu sangat dingin! Sejak dah berkahwin jarang balik rumah mak. Well you know Taiping  adalah kawasan paling lembab dalam Malaysia. Sebelah petang tu standby la angkat kain kat ampaian. Selalunya hujan. Rumah itu dibelakang deret kedai. Asal barang masak tak cukup, just sarung tudung and jalan kaki je. Sangat best!

Kawasan rumah itu dulunya tiada apa-apa, paling dekat pun The Store kat tengah-tengah pekan. Sekarang depan rumah ada Tesco, Taiping Sentral, depan sikit lagi ada Jusco. Belakang ada Giant. Tepi rumah corner tulah sederet pasar malam setiap hari Khamis. Laksam, Nasi Ayam Kukus, kebab, murtabak wajib beli. slurpppp alamak type sambil telan ayaq liuq ni

Rumah itu dah extend, dapat 2 bilik extra (ya, bilik saya sudah jadi stor) dan tempat solat dan mengaji mak. Porch muat 4 buah kereta. Rumah yang panjang, orang datang bagi salam pun tak dengar hihi.. Kalau tidur dah tak tahu pukul berapa sebab dalam rumah gelap saja

Saya suka rumah mak mertua saya...
Riuh! haha itulah yang boleh digambarkan. Sebab rumah kampung dan keliling saudara-mara. Ada je aktiviti setiap minggu bila balik kampung. Kena lapor diri kakt mem besau setiap hari Jumaat, sebelum Maghrib dah kena sampai. Rumah itu tepi laut, turun bawah ada sampan abah. Rumah itu sangat panas. (yelah, sebab tepi laut kan) Dengar bunyi ombak, bau hanyir air laut. Dengar kapal terbang lalu (sebab laluan air traffic ke KLIA)

Asam pedas ikan sembilang mak. Perghhhh sedap! Ikan fresh abah bawa balik dari kelaut. Tak boleh lawan lagi mak masak sesedap itu. Kucing. Banyak. Sangat banyak. Sangkar saja ada 4. Haha.. Magi, Topeng, Kakak, Sandau, Seamus, Ketot, Joyah, Peah, Lulu, Si Kembang.. siapa lagi? Dengar mak bebel kat dak Akim. haha.. Hari minggu belajau masak. Pergi jalan-jalan, pergi kenduri, pergi picnic. Ada je aktivitinya.

Home Sweet Home
Cik Puan Nuyon

No comments:

Post a Comment