07.04.2016
Bismillah
Assalamualaikum
Salam
Sejahtera
Bayangkan
ye, penat lelah kumpul duit bertahun-tahun untuk simpanan kahwin habis dalam
satu hari? Haha.. ada orang cakap biar berhabis asal puas hati (Apa la..) Terpulanglah
pada masing-masing punya perancangan. Di post yang lepas saya ada share tentang
perbelanjaan untuk sebuah majlis perkahwinan, sekarang saya nak share tentang
cost that will incur lepas tu..
1. Hadiah
untuk ahli keluarga yang datang menolong
Rasanya bab
ni terpakai untuk kenduri yang dibuat secara rewang kot. Tak pasti la jika
catering pun buat juga. Hadiah ni boleh diberi bermacam cara sebagai tanda
appreciation untuk saudara-mara, orang kampung atau kawan-kawan yang datang
membantu. Contohnya; tapau lauk, kain batik, kain pelikat, goodies bag VIP,
lebihan barang-barang masak kenduri (saya pernah dapat 10kg beras!), wang
ringgit dan sebagainya. Seronok buat kerja rewang ni, walaupun penat tapi happy
sangat. Nak pula deal dengan orang yang perangai tak boleh blah, mesti jadi
kenangan. Haha..
2. Kos
perjalanan pergi bertandang
Saya tak
pastilah tempat lain macam mana, or budaya dalam satu family tu macam mana,
tapi kalau family saya, pengantin baru tu mesti dibawa berjalan ke rumah
saudara-mara. Kira macam lawatan sambil belajar la. Tak kira tempat tu jauh
atau dekat, mana yang mak pesan suruh pergi tu, pergi lah. Maka berjalanlah
kedua pengantin baru ke rumah-rumah saudara mara (make sure inform dulu takut
diorang tak ada kat rumah). Berkenal-kenalan,
minta nasihat, ucap terima kasih datang tolong dan terima sebagai ahli keluarga baru (rasa
terharu pula)
3. Jika
isteri tidak bekerja
Incik suami
sudah ada satu tanggungan tambahan. Makan pakai segala kos yang isteri tanggung
seorang sekarang ditanggung pula oleh suami . Either isteri bekerja atau tidak,
sedikit sebanyak perbelanjaan oleh isteri mesti masuk dalam paylist suami kan..
Nak pula isteri terpaksa berhenti kerja dan berpindah mengikut suami dengan
komitment kereta dan pinjaman pelajaran yang ada. Buat masa ni bukan mudah untuk
mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kita.
4. Rumah
sewa
Tak kanlah
selama-lama nak stay kat rumah mertua kan? Bagi pasangan yang dah berkahwin
mesti mahukan satu tempat lain. Ini bukan hanya atas dasar privasi,
kadang-kadang kita segan dengan keluarga husband, nak pulak mana yang jenis
muslimah tu, mesti nak menutup aurat dengan ipar lain kan? Bagi yang dah biasa
burp/belahak/bersin kuat tu mesti segan kan? Nak pulak tahan ken*ut. Mesti rasa
terseksa kan? Hahaha.. bilik pun dah kurang satu sebab kita dengan husband dah
occupied. Padahal sebelum tu elok je husband tidur di ruang tamu dari kecil.
Lepas kahwin takkan kita nak join die tidur luar? Parah ni.. Jadi terpaksalah
cari rumah sewa ye.. dimaklumkan area Seremban sewa RM450-RM600 untuk rumah
teres 3 bilik.. Gulp!
5. Bil api/air/astro
Bila dah
masuk rumah sewa mesti ada bil api, air, astro, streamyx dan sebagainya. Itu
adalah basic need. Bermulalah episode bebelan suruh jimat air, tutup lampu bila
tak pakai, jangan tinggal air melimpah bila tadah air, tutup pili masa berus
gigi, jangan mandi lama sangat, baju yang tak berapa kotor tu pakai balik
haha.. Baru tahu mahal nak bayar bil
ni.. sebelum tu ayah yang bayar so tak terasa pun.. haha.. biasanya untuk
sebulan bil elektrik RM20-30, Bil air maintain RM5, streamyx jika ada dalam
RM100, astro jika ada dalam RM100
6. Barang
dapur
Larat ke
setiap kali nak makan luar? Sekali keluar RM15-RM20 juga la kan.. Baik belajar
masak, sedap tak sedap lain cerita. Nasi goreng + lauk nugget pun jadila haha..
So ke pasarayalah kita tiap-tiap minggu beli barang untuk stock seminggu.
Jangan pergi hari-hari, sebab nanti ada je barang tambahan nak beli hihi.. Cost
dalam seminggu tu lebih kurang RM50
7. Perabot
Bila dah
pindah rumah sewa tu tak kanlah kosong je? Mesti ada perabot sikit. Set bilik
tidur dapat offer Katil divan + meja solek + almari 5’ (besar tu) + free tilam
8” RM1,399.00 dan free delivery PD – Seremban (best deal ever tu!) Then
sikit-sikit beli perabot, ada sale kat
Tesco, Giant & Mydin. Beli yang DIY pasang sendiri macam rak buku rendah 4
tier RM24.90, rak buku tinggi 4 tier RM59.90, rak barang rendah 3 tier RM10.00,
rak dapur RM75.90, rak barang 12 partitions RM118.00. Kira murah semua tu tau.
Carpet, tikar, tikar buluh, periuk import dari rumah mak. haha (terima kasih
mak). Set sofa kemudian pun tak apa (Mahal tu RM1000 – RM 1500). Duduk la atas
tikar tu dulu. haha
8. Pinggan
mangkuk periuk belanga
Pinggan
mangkuk tak perlu beli sebab mungkin banyak dapat hadiah masa kahwin. Barang
elektrik pun sama (jika rezeki anda dapatlah). Biasanya barang elektrik macam
rice cooker, heater, toaster, kipas, oven (wow!) dan lain-lain. Kira complete lah semua ada.
Peti ais beli dari mudah.com. Student USIM jual RM150. TV pun beli dari mudah.com dapat RM200. Kena
pandai cari, tengok hari-hari kat mudah.com
tu.
9. Lain-lain
Langsir pun
import dari rumah mak mertua dan mak. Pakai yang lama punya. Nak buat baru
pakai ratus RM juga tu.. Nantila bila ada budget baru buat yang baru..
Tuppaware, baldi, besen pun import mak juga.. jimat.. Rajin-rajin tanya rumah
mak tu, mesti ada barang yang masih elok, tapi dia tak pakai.. hihi
10. Anak
Hmm.. tak
ada apa nak komen lagi tentang tajuk ni. Bye!
Ana tak
kudukutlah !
Cik Puan
Nuyon
No comments:
Post a Comment