Sunday, 22 May 2016

Ehh.. senangnya hidup dia…?

Bismillah
23.05.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Hairan Kehairanan Menghairankan

Hairan ye, macam mana orang lain boleh kahwin awal? Dulu masa bercinta selalu juga tertanya-tanya macam mana orang lain boleh kahwin awal ye? Tipulah kalau tak rasa jealous. Mana taknya, kita terpaksa bersabar lama nak kumpul duit, tapi orang lain senang-senang je boleh kahwin? Lagi muda dari kita. Let say lifestyle dia lebih kurang sama dengan kita, gaji lepas habis study average RM1800.00 (Boleh baca post saya sebelum ni) Even kalau dia sangat berjimat cermat, boleh simpan RM500/month, belanja kahwin let say both kenduri RM20,000/RM500, ambil masa 40 months = 3 tahun. Umur selepas habis study katalah 24 tahun + 3 tahun menyimpan dalam 27. Itupun serik jugaklah menyimpan hingga dapat title kedekut, buat apa simpan duit banyak-banyak, tak ada asset (kereta) haishh

Benar Kebenaran Membenarkan

Pernah saya terbaca di facebook tentang kebenaran kenapa ada yang berkahwin lewat usia. Rasa tersentap juga bila baca post yang dia sebenarnya takut untuk berkahwin sebab komitment kepada keluarga. Mampukah bakal suami dia terima yang dia perlu tanggung kedua ibu bapa yang sakit? Adik beradik yang lain tak boleh harap, semua nak lepas tekak sendiri saja? Betul, rasa terkilan sangat. Terus datang rasa simpati pada kawan-kawan yang mana belum berkahwin dan mempunyai tanggungjawab yang berat.  Kadang-kadang ada juga terfikir, kenapa bila ada masalah asyik cari aku je? Tak mengapalah, anggap saja payback time to parents. Konsep anak lelaki ada tanggungjawab kepada ibubapa lebih dari tanggungjawab kepada isteri tu kadang-kadang tak boleh apply juga kan? Anak perempuan yang tak berapa hidup mewah tu yang dicari juga. Kenapa? Maybe sebab lebih senang kot? Tak banyak songeh? Sebab rasa kasih dan sayang nya itu? Ewahh

Untung Keberuntungan Menguntungkan

Untungla jika perkahwinan anda itu disponsor. Ingat artis je ke orang leh sponsor? Orang biasa pun boleh la. Macam mana? Hantaran dari pihak lelaki: ayah sponsor. Belanja makan kenduri : mak sponsor. Pelamin, baju, makeup, hantaran: kakak sponsor. Tiket flight dan pakej honeymoon: abang sponsor. Goodies bags: mak-mak sedara sponsor. Kek bertingkat-tingkat: cousin sponsor. Or, both kenduri bakal husband yang tanggung. Umangai! Kalau tak dapat semua, sebahagian pun jadila. Tapi kena ingat, bila turn diorang nanti jangan buat-buat lupa pula nak sponsor ye. Kalau tak sponsor untuk kahwin, kenala sponsor kenduri arwah ke, tahlil ke, umrah ke. What you give you get back. Dush!


Seronok Keseronokan Menyeronokkan

Syok la dapat kahwin muda. Dengan bahagianya menjawab: dah jodoh dia. Let say kahwin umur 22 tahun. Before 23 dah pregnant and ada anak. Sehingga 35 tahun (umur matang to get pregnant) ada masa lebih kurang 12 tahun. Selang 2 tahun mungkin 5-6 orang anak. Kalau kahwin umur 27 (seperti kiraan diatas) rasa-rasanya macam mana? Ayat sama diulang lagi: Dah rezeki dia. Bila umur 50, awak dah boleh ada cucu. Bagi yang kahwin lewat, bila umur 50 anak masih di bangku sekolah. Alahai si anak.


Pisah Perpisahan Memisahkan

Huii simpang malaikat 44! Haha Jangan disebut perkataan C tu. Siapa yang tak nak perkahwinan kita tu bahagia hingga ke akhir hayat? Tapi kan, Nampak trend perpisahan sekarang ni berlaku atas sebab-sebab yang tak munasabah. (Leh refer Jakim/Jais yang famous viral sebab-sebab perpisahan itu) Bagi pandangan saya la, maybe pasangan muda baru berkahwin tu tak sempat enjoy hidup (yeke? Maafla kalau pendapat ni salah) Berkahwin atas sebab nak elak maksiat. Menghalalkan katanya. But then bila sudah berkahwin, cabaran-cabaran yang mendatang tak mampu nak ditempuhi. Contoh nya, bila mendengar soalan-soalan panas telinga. Sampai bila nak tinggal kat rumah mertua? Kenapa masak tak rasa sedap macam mak masak? Dah tinggal kat rumah mertua tu kenapa tak tolong jaga rumah? Cabaran ke? Haha. Jika berkahwin pada umur ideal (27 seperti di atas itu lagi) mungkin pemikiran lebih matang kot? 

Teringat mak pernah tanya saya soalan sentap menusuk kalbu: APA ITU PERKAHWINAN? Dengan bodohnya saya menjawab: Menghalalkan yang haram? Disambut pula ketawa yang sinis oleh emaku itu: perkahwinan itu TANGGUNG DAN JAWAB. Huh. Terkedu jap mak uii

Sudah Kesudahan Menyudahkan
Hm. Dah la. Asyik-asyik bebel pasal kahwin kan? Rimas Incik Husband saya baca blog saya katanya. Haha Sebab hal ni je yang saya tahu dan boleh share setakat ni.



Kahwin Perkahwinan Mengkahwinkan
Cik Puan Nuyon

No comments:

Post a Comment