Tuesday, 31 May 2016

Macam mana nak jimat untuk belanja kahwin..?




Bismillah

01.06.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Susah nak jimat. Haha Tapi jangan takut. Nak jimat sangat-sangat tu memang tak boleh, Cuma tips nak kurangkan perbelanjaan tu ada la. Jom kita tengok tips (yang tak berapa tips sangat tu) dari CPN :


1. Buat budget

Berapa yang anda mampu keluarkan belanja untuk sebuah perkahwinan? Yang mana mampu buat mewah tu, buatlah. Dah gaji awok besor. Haha. CPN bagi tips untuk orang tara-tara CPN je. Yang kerja makan gaji kecik ni. (merendah diri) haha. Let say anda mampu keluarkan RM5K, guna RM5K tu sebaiknya. (Boleh refer post CPN sebelum ni) Jangan over budget. Dah buat decision tu jangan menyesal bila tengok butik lain lagi cantik, sebab belum tentu harga ditawarkan dalam budget kita.


2. Survey

Survey butik mana yang anda rasa terbaik. CPN pergi 10-11 butik kat area CPN tu. Sampai puas hati dengan baju and harga. Ada butik yang malas nak layan kita, CPN tak stay lama. Terus keluar dan tak kan recommend kat member-member. Budget cam bagus sangat service dia. Haha. Tapi CPN rasa terkilan sebab patutnya booking MUA, makeup cantik sangat macam model. Sebabkan tak tahu, so tak de la rezeki nak Nampak cantik makeup cam Barbie doll. Haha Survey barang hantaran, butik, photographer, catering semua


3.  Jangan dengar cakap orang sangat

Buat ikut budget kita. Tak payah nak lawan sangat dengan cousin-cousin lain. Asal Nampak simple and nice, semua yang patut ada, ada. Pelamin ada, meja beradap ada, meja vip ada, goodies bag & bunga telur ada ok la tu. Eh, kenapa tak ada candy booth? Tak ada backdrop untuk selfie? Tak ada cendol? Tak ada aiskrim? Tak ada pulut hitam? Tak ada the tarik? Tak ada DJ? Tak ada group kompang? Pakai kompang tape je? Lahai, bunga telur jenis lima kupang je? Ha, jangan fikir sangat. Tension nanti. Nak membayor tu awok, bukan diorang.


4.  Jangan berhutang

Better simpan duit, dapat title kedekut, dari buat personal loan. (Boleh refer post lepas). Lambat kahwin sikit tak apa. Sabar itu separuh dari iman. Haha. Buat loan sampai anak 3 pun tak habis bayar lagi. Ada seorang member cerita, bila nak kahwin pengantin lelaki amek personal loan. Baru 2 tahun kahwin dah bercerai (minta jauh). Agak-agak apa perasaan ex-husband dia nak bayar balance loan tu?


5. Bincang

Bincang dengan family apa yang diorang harapkan. Kadang-kadang kita rasa benda tu tak penting untuk masuk dalam budget tapi mak kita tak fikir macam tu. So before buat budget tu bincang dulu dengan mak or orang lebih tua yang ada pengalaman. Nak buat rewang ke catering? Homestay mana yang sesuai dan selesa? Makanan untuk homestay, Duit minyak tol untuk rombongan menghantar (RM200 x 5 kereta), Tempat stay untuk saudara-mara yang datang dari jauh. Mana family yang terikat dengan adat tu, kena ambil kira apa yang kena buat. Baju adik beradik, mak-mak sedara nak sedondon ke tak, nak panggil group marhaban (+angpau, goodies bag super special dan lauk kambing khas untuk diorang) haha. jumlah jemputan berapa orang, tema colour tu sesuai ke tak, bunga telur beli yang lebat sikit, jangan yang lima kupang sekuntum tu mak tak mau. Haha. Goodies bag unik, lain dari yang lain, yang paling penting : TARIKH PERKAHWINAN.


6. Tarikh Perkahwinan

Hm. Pasal ni CPN ada bad experience. Awak bayangkan eh, CPN dah bertunang lebih kurang 2 tahun. Bila mak bagitau mak sedara lain kita nak kahwin. Terkezut terperanjat teropocot dia melatah-latah. Bila nak kahwin? Jangan bulan 6, jangan bulan 9, jangan cuti sekolah itu, jangan cuti sekolah ini, anak dia nak kahwin, anak sedara belah sanun nak kahwin. Lahai. Kau tak dapat datang tak pelah. Sibuk nak tentukan tarikh kita jangan overlap dengan anak dia. Baru bertunang tak sampai setahun dah heboh. Bagi la kita jalan dulu. Pentingkan diri sendiri. Last-last CPN tak buat cuti sekolah pun. Hari minggu biasa je.

Lebih baik jangan buat time cuti sekolah. Sebab akan banyak sangat kenduri orang nak attend. Boleh jadi dalam satu hari tu 5-6 kenduri. Orang datang tunjuk muka, makan sikit je.  Perut dah sebu. Sudahnya banyak lauk tak habis, or orang kurang datang.  Lagipun butik-butik dengan photographer , caterer banyak sangat job masa tu. Kalau kita book orang tu sebab service dia bagus kat orang lain, tak semestinya kita dapat orang tu. Hari kejadian dihantarnya staff dia je or bisnes partner dia. sebab tak sempat. Hasilnya? Hampeh. haha

Tarikh ni penting, cuba cari tarikh yang semua orang boleh datang. Bukan sibuk nak buat tarikh-tarikh tertentu, contoh hari jadi, tarikh bertunang, tarikh 1st date (rolling eyes). Kalau kebetulan tak pelah. Untuk saudara-mara ramai dari Utara, pantai timur & Johor jangan buat hari Ahad. Sebab hari ahad diorang kerja. (CPN menyesal) lagipun bagi negeri lain Isnin dah start kerja. So terkocoh-kocoh nak balik dan tak sempat rehat. Kesian diorang. Cari tarikh awal bulan, orang baru gaji. Boleh hulur lebih sikit masa salam keruk tu. Haha or orang tak berkira sangat nak belikan hadiah mahal sikit.  Leh cover balik belanja yang kita keluarkan tu. Hihi pandai tak? Cakap la CPN ni mata duitan, tapi inilah realiti kan? ha. ha. ha. fikirlah sendiri ye


7. Beli masa sale

Kalau untuk barang hantaran, try ushar kat mall masa hujung tahun or pada hari perayaan. Mesti ada sale 50-70%. Boleh la beli handbag kasut, wallet, set perfume, set baju  ke apa murah sikit. Dah beli tu jangan menyesal kalau Nampak design yang lebih lawa kemudian. Haha. Hiasan hantaran dan beg goodies beli masa cuti sekolah. Kat Nilai 3 ke, Ayer hitam ke sebenarnya kena pandai cari kedai, baru dapat harga murah. Buat kad ahli dapat diskaun murah sikit. Katalah nak kenduri Bulan 9, Bulan 5 time cuti sekolah tu pergi la beli siap-siap. Bunga hiasan beli kat kedai RM2 je. Pilih yang cantik-cantik. Kalau kena dengan gaya, hantaran tu jadi cantik walaupun kos murah.


8. Jumlah kad kahwin

Jemputan 1000, jangan kad pun 1000 jugak. Perkara ni caterer (kawan ayah) yang maklumkan  pada CPN. Kalau jemputan 1000, bahagi 4 = buat 250 keping kad saja. Sebab satu kad mewakili 1 family. Dalam 4 orang akan datang untuk 1 kad. If awak buat 1000 kad, x 4 orang dah 4 ribu! 250 keping dah cukup, tu belum mak jemput mulut, jemput orang masjid & surau. Kawan-kawan FB lagi. Saudara mara biasanya tak bagi kad, just inform je suruh datang. Family saja dah 100+ (kalau ramai la). Jangan anggap satu kad akan datang seorang, dia mesti bawa family dia. Ayat dalam kad tu pun kena ambil kira juga. "dengan ini kami menjemput suami/ isteri..." atau "dengan ini kami menjemput tuan sekeluarga..." Ada beza tu.
Jumlah kad ni penting kalau awak tak nak termenung tengok lauk tak cukup ye..   




Bebel pasal kahwin lagi
Cik Puan Nuyon

Monday, 30 May 2016

Apa tugas Admin Assistant ni..?



Bismillah

31.05.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Lepas 2 hari CPN habis final exam, CPN terus dipanggil interview dan terus start kerja.  Bersyukur sangat dapat kerja dekat dengan rumah mak, dalam satu daerah jugaklah.  Sebagai Admin Assistant. Gaji ditawarkan (masa tu) berpatutan, siap makan and kuarters disediakan. Sounds good kan? Tapi, kerja bagai nak rak. Haha. Lepas CPN resign barulah sedar  yang sebenarnya CPN ni bukan sekadar Admin Assistant. Biasalah, orang tak ada pengalaman kan. CPN kerja situ dari Nov 2009 hingga Mei 2014. Pat tahun setengah. haha


Admin Assistant

Ni yang tertulis dalam surat lantikan. Tapi ntah la apa sebenarnya kerja AA tu. Katanya kerja-kerja admin, yang berkaitan dengan clerical. Bawah CPN ada 4 orang clerk. Masing-masing ada tugas masing-masing. Kononnya CPN monitor diorang. Padahal? Haha. Pengganti bila diorang off day. Kilang CPN ni ternak ayam penelur. So office kena operate 7 hari seminggu. CPN off hari Jumaat. Khamis halfday. Jarang sangat dapat cuti weekend. Sampai ayah bising, kerja apa yang tak boleh cuti hujung minggu? Kenduri semua tak boleh pergi.


Auditor

Ye, auditor. Internal ke external ke semua CPN kena involve. Sampai expert la bab nak menipu kat auditor ni. (Hasil tunjuk ajar bos) haha. Stockount tu biasa. Tapi kita kerja jujur. Bukan menipu celah mana pun, cuma cara nak audit tu. Soalan-soalan bocor. Tang mana dia akan check, tang mana dia tak kan check semua kita boleh agak. Ada 3 audit setahun tu, internal; cross audit antara department. External; Auditor dari HQ, dan auditor dari 3rd party khas untuk farm bahagian agriculture punya. (kalau tak silap la) Bagus audit ni. Boleh improvekan setiap department. Tapi nak prepare dokument tu sikit punya payah. Kena plan bila audit akan dibuat. Kita kena prepare awal-awal. Buka fail baru, tutup fail lama. Cari balik invoice & DO, susun ikut turutan. PO, request form semua kena perfect. Ambil masa nak buat tu. Perkara paling mencabar ialah; dokument hilang. Cari punya cari rupanya dalam tray bos (yang tak berapa nak bos sangat tu). Bila tanya kata tak ada. Pemalas nak cari sebenarnya tu. Menyusahkan orang. Huh


Warehouse Supervisor

Saya pernah bawa forklift & power stacker. Haha! Terkial-kial bawa, tapi boleh la nak alih barang ke apa. Dah tak ada orang sangat. Semua busy sangat katanya. Kita nak buat kerja bagi settle cepat. Bos dah bising. Ganti jap EGP supervisor tu bila dia cuti ke busy ke. Hari-hari kira telur. 1 pallet, 2 pallet, gred Jumbo sampai la UG. Telur off colour, telur kotor taik ayam, telur pecah habis semua kira. haha


Storekeeper

Hm. Kerja ni penat. Sebab CPN jenis tak boleh tengok barang bersepah. Sejak clerk yang incharge store resign (dan tak berganti sampai kesudah) CPN la yang terhegeh-hegeh kat store tu. Walaupun penat arrange barang tapi puas hati bila store nampak bersih, kemas & teratur. Barang-barang semua CPN control. Haha. Nak yang baru kena bawa yang lama. Tukar 1 by 1. Rekod kira baik punya. Tapi end figure mesti tak sama. Kenapa? Mesti ada yang ambil tanpa kebenaran ni kan.


Human Resource

HR. Ni mungkin ada kaitan dengan jawatan tu kot. CPN incharge OT, Elaun, surat amaran yang membawa kepada surat pemberhentian kerja  semua CPN handle. Bad experience kat sini. Orang koyak surat amaran  tapi CPN terjumpa pula kat tempat parking motor. Konyok-konyok surat lempar kat tempat puncard.  Tak rasa bersalah ke? Dah la absent kerja, kalau apply cuti EL bolehla consider lagi. Ni tak, ikut suka hati dia je nak datang ke tidak. Kat tempat kerja tu kelam kabut orang kena cari pengganti. Ada satu ayat tak boleh blah dia cakap; “Eh, korang tak tahu ke mak abang masuk hospital?” so?? Kena pergi meghadap dia Tanya eh? Telefon tak berjawab pula.

Socso. CPN paling suka buat tuntutan socso. Orang farm ni kerap accident. Haha. Sampai pegawai socso mana yang biasa CPN engage tu dah kenal la kiranya. Senang je berurusan. Rekod, surat semua baik & teratur (up diri sikit. Haha) Disebabkan pekerja farm kerap accident, tak kira on the way datang, balik kerja, or semasa bekerja, semua CPN tolong applykan. Hihi.  Sampaikan pegawai socso datang buat siasatan kenapa kerap accident, kempen bagi helmet free & ceramah. Haha CPN Berjaya tolong 2 orang pekerja dapatkan pencen ilat. Senang la hidup pokcik tu

Dosh. Ye, dosh ni la menyebabkan CPN drive sorang-sorang pergi Ipoh. Uruskan satu kes. Major accident kat farm. Terbelit tangan aci tu kat drive shaft.  Both radius ulna patah. Ngeri. Farm nak dikenakan kompaun tapi dapat dikurangkan (kalau tak silap). Deal dengan dosh kena hati-hati. Sebab diorang ni akta lebih kuat (berbanding socso). Semua dokument kena prepare tak boleh silap. Sebab effect dia pada farm sangat crucial.

Nepal. Huh. Mabuk, gaduh, kena aniaya, menggatal semua ada. Tapi ada Nepal juga yang baik. Nepal yang annoying, berlagak macam bos pun ada. Ada yang cepat je belajar cakap melayu. Yang ensem ada, yang tak ensem jadi ensem pun ada. Haha. Nepal mati pun ada. Accident. Lintas jalan menonong. Kena langgar dengan lori simen YTL. Padam kat situ jugak. Sian dia. Duit gaji dalam wallet hilang. Apala. Yang malas kerja, yang minta cuti sebab nenek meninggal pun ada. Sedih katanya. Adoi. Haha CPN tak uruskan hal pengambilan Nepal ni. Cumanya jadi driver je hantar medical checkup. haha


Marketing

CPN jual baja tahi ayam. Busuk! Haha. Bau duit kata Tangaraja. CPN incharge jual baja setelah clerk yang sebelum tu pecah amanah. Dekat RM3k die ambil. Kesian siapa yang kena cover balik duit tu. Manager, bos department dengan driver (pun kena sekali). En Azmi cakap; “Masa awak ambil duit tu tak rasa bersalah ke? Saya pun tak beli baju sekolah anak lagi” Hm. Kebetulan die cuti bersalin masa tu, so selamat la dia dari kena kecam. Haha. Sebab terima payment dari customer ada yang guna cash. Tu yang bahaya. Lepas dari kejadian tu CPN la yang kena hadap betapa strictnya nak jual baja tu. Jadi ah long chase payment bagai. Siap kena marah dengan customer tu dah biasa. Haha Paling best masa order Felcra masuk bukan main busy lagi. Beratus tan jual. Huhu


Driver

CPN expert bawa kereta manual kat farm la. Sebab dah biasa bawa ranger manual tu. Both ranger baru and lama gear manual. Sedap bawak ranger ni. Tak perasan bawa laju. Sebab dia besar and stabil. Tau-tau dah kena saman. Haha. Jadi driver hantar Nepal pergi klinik lah, ambil barang kat hardware lah, pergi beli barang urgent lah, macam-macam. Paling tak boleh blah, singgah McD drive thru. Jenuh nak adjust masuk lorong dia. haha


Jual Ayam

Haha. Busuk, basah, kotor. Tempat jual ayam tu. Jauh sikit dari office, tapi masih dalam kawasan farm. Bayangkan awak sorang-sorang anak dara, perempuan kat situ. Jual ayam. Nepal tangkap ayam masuk bakul, timbang, CPN tekan keluar slip timbang.  Then balik office buat DO & invoice.  Ada pernah sorang clerk tu, (Ita yang comel) jual ayam sampai ke malam. Sian dia. Nak pula tengah jual ayam hujan ribut turun selebat-lebatnya. Sejuk sangat. Tempat tu dah la open. Bumbung saja. Lori transfer tak boleh jalan. Nanti ayam basah. Timbang lagi berat. Customer rugi. Haha. Drag masa lagi. Ntah pape. Ada cerita ntah pape berlaku; ada yang turn dia pergi jual ayam, tak kanlah nak bawak Lancer masuk tempat tu, pinjam pula kereta ita. Haha. Ta, aku Nampak kereta kau kat tempat jual ayam. Kenapa kau ada kat office? Muncung je ita. Haha. Nasib la. Rasa nak gelak guling-guling.


Quality Controller (QC)

Korang pernah nampak tak tanker feed yang besar tu? Macam lori tank minyak. 10 tan, 20 tan dedak ayam dia bawa. Sehari datang 5-6 lori. Tau apa kitaorang kena buat? Masa tanker datang kena timbang. Ada weighbridge depan office. Tu ok lagi. Bila tanker tu dah habis pam feed dalam silo, dia datang balik timbang, pastu kena panjat. Diulang, panjat tanker tu! Buka penutup atas tu yang sangat berat. Jenguk betul ke kosong, habis pam tak. Ada driver yang baik hati Malek dengan abang Md Akhir rajin panjat sekali tolong bukakan penutup atas tu. Terima Kasih. Nak pula hari hujan lebat. Tangga licin. Dipanjat juga. Adoi. Patutnya ada turn siapa yang kena check panjat tu. Tapi ada yang cakap gayat la, takut la. Last-last 2 orang je buat; CPN dengan Liana. Bila Liana resign agaknya siapa yang tinggal??

Check telur. Kadang-kadang CPN ada juga kena check kualiti telur. Pecah, sukat dengan penyukat khas untuk telur, check ketebalan telur tu, rekod. Pecah, bungkus, pecah, bungkus. Akhirnya telur tu direbut. Haha. CPN ambil buat kek coklat. Bagi budak office makan. haha



Safety Officer + Nurse

CPN pergi  guardhouse depan (jauh tau) pergi check CCTV.  Sebab masa tu ada kecurian. Ada lagi CCTV kat office. Check loading telur. Kerja ni paling menyampah. Duduk perati je monitor tu, tengok loading pallet telur satu-satu. Habis semua kerja tertangguh. Nak urgent pula tu. Barang-barang untuk first aid kit tu CPN la yang order and topup untuk setiap department. Ada workers datang office jari berdarah CPN cuci and balut. Ada Nepal bisul pun datang minta cuci. Menyampah. Ada beberpa report CPN kena hantar kepada dosh. Rupanya repot camtu safety officer punya kerja.  Kat farm tu mana la ada jawatan macam tu. Clerk yang urgent nak guna pun ditangguh-tangguh nak ambil. Kedekut sangat. Haha


Stocktake & report

Setiap hujung bulan. 30 or 31 hb. Nasib baik hari gaji. Walaupun balik malam, tapi lepas tu kitaorang terus keluar makan, karoke sorang barang 10-12 lagu. Haha. CPN panjat habis semua bundle tray telur tinggi tu nak kira stok. Sebab yang lain mengaku gayat. Kira telur, kira barang, kira barang kat store, kira feed, kira baja, kira vaksin ayam.  Lepas tu masuk end figure stok. Kalau variance besar, recount balik. Cari apa tak kena. Tu yang drag masa tu. Bila dah biasa buat report, segala info cari siap-siap dari pagi or hari sebelumnya, then estimate stok akhir akan ada berapa. Haha serik dah. 


MC

Pengacara majlis. haha. Tiap kali annual dinner je CPN jadi MC. Tak ada muka lain. 1st annual dinner dekat SSL Traders Hotel kat taiping tu. Sangat best. Happy. Hadiah lucky draw sangat banyak dan agak mewah masa tu. Nak dijadika cerita, CPN dapat lucky draw tu. Tapi bodohnya CPN tak nak. Suruh cabut nombor lain. haha. Apelah. CPN handle games untuk workers. Sangat kelakar. Buat sukaneka bagai, anugerah pekerja paling comel lah, paling ensem lah. haha. The next years annual dinner buat depan office je. Pakai khemah kenduri. haha




AA carca marba
Cik Puan Nuyon



Sunday, 29 May 2016

Can you do-it?

Bismillah

30.05.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Wang

Boleh pinjam duit sikit tak..? Aku nak guna urgent ni. Uhuks! Terbatuk pula. Hm. Ada tu ada la. Kau nak guna berapa? Soalan seterusnya yang tak terungkap dibibir ialah: Macam mana kau boleh rasa aku ni ada duit lebih nak bagi pinjam orang? Nampak macam aku ada banyak duit ke? Haha. Pelik kan bila orang minta pinjam duit. Kalau yang selalu minta tu, sikit-sikit amount nya. RM100-RM200, tapi kerap. 2 minggu sekali dimintanya. Or sebulan sekali. Kalau yang tak pernah pinjam tu, sekali minta sedebuk RM2-3k. haha. Rasa nak gelak guling-guling 

Duit

Nak ditolak, rasa kasihan. Orang mengharap kita tolong. Selalu fikir macam ni: kita tolong masa dia susah, mana tahu time kita susah nanti dia pula akan tolong? Hm. Ada ke? Haha (belum turn kita meminta lagi bolehla cakap) So, dengan rasa berat hati penuh keterpaksaan dan berfikiran positif yang dia akan segera bayar balik, kita pun bagilah pinjam. Tanpa cagaran. Tanpa perjanjian bertulis. Tanpa saksi. Tanpa interest.

Pitih

Let say dapat saving the most RM200/month. Plus bonus sebulan gaji awal tahun hari tu (kalau tak shopping la) dapat la beberapa sen simpan dalam ASB tu. Tak sampai berapa bulan ada orang minta pinjam. Nak bayar bila? Janji tinggal janji. Dia tak kira ke berapa bulan yang dipinjam tu dah tolak divden kita dalam ASB tu? Dah bagi pinjam tanpa dapat faedah apa-apa. Ok. Saham akhirat. Ok, fine. Fikir positif. Huh kembang kempis idong dah ni. Haha

Sen

Kita penat-penat tahan nafsu menyimpan, orang senang-senang minta pinjam? Kadang tu pandang jelah bila orang lain boleh beli itu ini, handphone kerap bertukar, makan sana sini, travel sana sini, beli gadget baru iphone & tab, baju branded, kasut segala macam branded. Kita pakai baju bundle je. Hm. Sekarang rasa nak gelak guling-guling tak? Makeup kereta dengan bangganya spoiler, skirting, sport rim bagai. Tapi pada dasarnya? Mak ayah ada hulur tak? Pada adik-adik yang masih belajar ada hulur tak? Tak dapat tiap-tiap bulan, sesekali apa salahnya? Paling kurang pun raya ada hulur tak?

Fulus

1 jari tunding 4 jari balik. Haha. Hamba pacal yang hina ini. Tapi memang betul. Dengan lifestyle sekarang, (yang tak berapa nak branded tu) dengan keadaan ekonomi, susah nak ada lebih cash in hand.  Tapi ada aura kat wajah ni kata boleh memberi. Haha. Gelak guling-guling dari atas bukit tergolek sampai la kat bawah.  Agaknya dia ada fikir tak celah mana nak korek bila nak bayar satu amount yang besar macam road tax, service kereta (kalau minor ok lagi, kalau major?) huhu. Menung jap fikir.





Dua kupang lima duet
Cik Puan Nuyon

Tuesday, 24 May 2016

Macam mana nak kahwin ye…?

Bismillah
25.05.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Kahwin je  la. Apa yang susah sangat? Mak cik uii, susah tau. Haha Sebenarnya terpulang pada individu tu masing-masing. Kalau susah, jadi susah. Kalau senang jadi senang. (Senang la cakap. Kau dah lepas) Ok, meh Cik Puan Nuyon nak tolong ease tension nak kahwin tu :


1. Persediaan awal

Masa final semester dulu, CPN ada dengar pihak U nak buat kursus Pra Perkahwinan. So CPN pergila register cecepat.  Course 2 hari, anjuran Pusat Islam U. RM40 sahaja! Jimat duit CPN tau. Almaklumlah student, mana pegang duit banyak. Haha Selalu dengar kalau pasangan tu nak kahwin, mesti pergi berdua kan? Kekonon nak feeling sweet pergi belajar sama-sama (padahal hati jealous) hah. Ok. Maka CPN pun pergi seorang diri. Rupanya ada classmate yang sedang couple pun joint juga course tu. Maka tahap kejealousan CPN meruap-ruap. Haha Sijil tu leh guna bila nak apply kahwin nanti. Tak ada valid tempoh pun. CPN attend course 2009, kahwin 2014. Boleh je

2.  Form yang perlu diisi

CPN skip bab bertunang ye. Nanti CPN free baru bebel pasal Majlis bertunang ye. Ok, bila dah confirm nak kahwin, awak pergi Pejabat Agama Daerah masing-masing. CPN pergi sendiri sebab nak berdikari. (padahal ayah tak ambil tahu) haha Pergi bahagian Nikah, Cerai & Rujuk. Hm scary la nama Unit dia kan? Haha Ambil form yang berkenaan, Gambar Passport & salinan IC, RM10. Kalau boleh readykan form tu 2 bulan or 1 bln before nak nikah. Sebab yang penting dia nak arrange jurunikah.

3. Dokument

Salinan IC both pengantin, salinan IC wali, salinan sijil course pra perkahwinan. Get ready dengan sijil ori kot  diorang nak belek. Lepas ambil form satu set tu ada senarai semak. Check satu-satu before submit. Ikut apa yang dia nak dalam list tu. Dengarnya kalau anggota badan beruniform macam askar ke, polis ke kalau nak kahwin kena inform pegawai atasan. Bab tu CPN tak tahu la detail nya camne. Pada masa yang sama, pengantin lelaki pun kena sediakan benda yang sama juga. Jika berkahwin di luar mukim (lain negeri) ada form khas pengantin lelaki tu kena isi. “ Permohonan berkahwin luar mukim” Kalau nak apply kad nikah pun boleh. Tapi kena tunggu sijil nikah keluar dulu. Nanti bawa gambar passport both pengantin. RM40 untuk 2 keping kad.

4. HIV test + Talesemia test

Maka CPN pergi la ke Klinik Kesihatan yang berdekatan. CPN ada bad experience kat sini. Tak nak mention KK mana. Sampai je kat lobi KK dalam tu ada kaunter pertanyaan. Ada Seorang pegawai bertugas (pegawai lah sangat?) duduk main handphone tak pandang pun bila kita datang kat dia. Cik, macam mana nak buat HIV test untuk kahwin? Dengan tangan sebelah pegang handphone, tangan lagi satu tunjuk kat information board atas kepala batu dia “HIV test untuk Perkahwinan setiap hari Selasa & Khamis 2:00pm – 4:00pm” Sepatah haram tak cakap apa. Oh ok. Hari tu bukan hari Selasa or Khamis, so tak boleh buat. CPN pun bergerak ke arah tempat yang sepatutnya buat untuk HIV test. Tetiba pegawai tadi baru bersuara “tak baca ke note tu?” Eh, berbunyi pulak kau. “Nak tengok tempat kat mana. Tak boleh ke?” Damm you.

5. Submit form

Result HIV & Talesemia tu akan siap dalam 2 minggu camtu. Keep call KK jika diorang lambat call. Bila form and semua dokument dah ready, baru hantar ke Pejabat Agama. Pada masa yang sama, form dari pihak lelaki pun dah complete. Hantar together dengan kita punya.  Make sure wali sign di bahagian berkenaan. Ada negeri memerlukan salinan surat beranak mak ayah & pengantin. Ikut jelah senarai diorang nak tu. Ada pula negeri nak tengok bank draft duit hantaran kepada pihak perempuan. Hah. Ni rumit sikit.  So pandai-pandai la arrange camne nak deal duit hantaran tu ye. Buat la satu copy form yang nak submit tu incase pape hal jadi. Masa submit form tu Tanya sekali, upah untuk saksi, jurunikah & mas kahwin negeri berapa? Prepare siap-siap masuk dalam angpau (kalau nak bagi lebih ikut ikhlas hati) inform kat bakal husband awak sebab dia yang akan bear the cost. Haha

Ada satu soalan pegawai Pejabat Agama tu Tanya CPN dan buat saya tertanya-tanya sampai sekarang:  “Ni tarikh nikah siapa yang tentukan?” Lah. Mesti la dah bincang dengan family semua. Kebetulan jurunikah mukim CPN tu baru meninggal. So ada jurunikah daerah yang akan take over. Jap, kau nak cakap yang kena ikut schedule jurunikah tu ke?? Haha. Buat bodoh je. Inform kat dia juga kita nak nikah pukul berapa.  CPN minta no handphone jurunikah incase pape hal. Pegawai tu tak nak bagi. Ni yang CPN risau sangat. Dah la weekend, pejabat mesti tutup kan? Kalau jurunikah tak datang nak cari siapa? Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Siap Jurunikah tu datang awal and duduk goyang kaki kat masjid tunggu rombongan pengantin lelaki sampai. Haha

CPN  nak share masa saya datang submit form kat Pejabat Agama tu, ada satu parent ni datang Tanya sedetailnya pasal nak register kahwin. Agaknya nak sulung nak kahwin kot? Untungla bapak dia yang gelabah anak nak kahwin. Ayahku? Hm. Jangan Tanya. Haha



Saya saaayang ayah saya
Cik Puan Nuyon


Macam mana dia leh kerja bagus eh..?

Bismillah
25.05.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Hala Tuju

Baru-baru ni saya and Incik Husband ada membincangkan tentang hala tuju hidup.  Saya rasa bagi kami berdua ini adalah hot topic juga lah. (a.k.a melepaskan rasa tak puas hati yang dah lama terpendam) haha. Secara generalnya background both of us lebih kurang sama: typical malay family. Masing-masing ada visi yang sama, “nak anak berjaya tapi tak tahu tunjukkan cara bagaimana”

Canggih

Beruntunglah budak-budak sekarang dengan teknologinya, canggih sangat leh google, FB guna handphone saja. Dulu kot ada computer kat rumah pun dah kira orang berada (walaupun tak ada access internet lagi masa tu). Sekarang maklumat dihujung jari saja. Siap leh compare university mana, sekolah mana, macam mana apply, berapa cost akan incur, layak ke tak layak semua boleh tahu.

Cikgu

Dulu, kita harap pada cikgu je inform pada kita. Sekolah mana yang bagus, sesuai or tidak dengan kita. Beli la surat khabar kot ada iklan pengambilan pelajar ke MRSM, Politeknik, UPU ke. Gelabah pergi BSN beli no pin bagai. Haha Kalau cikgu terlepas pandang, tak ada la peluang kita nak further study tempat yang sesuai. Dalam family pula tak ada lagi adik-beradik sedara mara yang pernah masuk U. Kira pioneer la kitorang yang ada peluang masuk U.

Sekolah

Boleh bayangkan tak macam mana perasaan tu bila UPSR & PMR result straight A tapi hanya sekolah kat sekolah menengah harian biasa? Rasa rendah diri sangat dan rasa macam family tak mampu sangat nak hantar ke sekolah berasrama. Ok fine. Mungkin ada hikmahnya. Saya berpegang pada; kalau tak ada rezeki sekarang, mungkin masa lain. Yes, it’s true! Percayalah.

Plan

Bagi yang dalam family tu ada experience or info, mesti diorang dah sediakan plan untuk anak masing-masing. Sediakan yang terbaik untuk mereka. Belajar bidang ini, akan jadi begini. Belajar bidang itu akan jadi begitu.  Boleh jadi tempat anaknya di sekolah berasrama penuh tu sepatutnya milik orang lain dengan result yang lebih baik, cuma dia tak bernasib baik or bukan rezeki dia ditempatkan disitu. (oho sedih hatiku ini)

Scholarship

PTPTN = penyesalan. Apakan daya nasi dah jadi bubur. Bayor jelah tiap-tiap bulan. Haha. Sudah diajar oleh ayahku itu: nak buat apa pun usaha lah sendiri. So, tak de la mengharapkan duit dia bila dah di offer PTPTN tu. Bila dah masuk U, baru tahu leh apply for scholarship JPA lah, Mara lah. Even classmate punya result lagi kurang dari kita, dengan pendapatan family jauh lebih besar pun dia layak dapat scholarship?? Boleh bayang tak perasaan tu macam mana? Sekali lagi: kalau tak ada rezeki sekarang, mungkin masa lain. Hoho



Man Jadda Wa Jadda
Cik Puan Nuyon