Tuesday, 31 May 2016

Macam mana nak jimat untuk belanja kahwin..?




Bismillah

01.06.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Susah nak jimat. Haha Tapi jangan takut. Nak jimat sangat-sangat tu memang tak boleh, Cuma tips nak kurangkan perbelanjaan tu ada la. Jom kita tengok tips (yang tak berapa tips sangat tu) dari CPN :


1. Buat budget

Berapa yang anda mampu keluarkan belanja untuk sebuah perkahwinan? Yang mana mampu buat mewah tu, buatlah. Dah gaji awok besor. Haha. CPN bagi tips untuk orang tara-tara CPN je. Yang kerja makan gaji kecik ni. (merendah diri) haha. Let say anda mampu keluarkan RM5K, guna RM5K tu sebaiknya. (Boleh refer post CPN sebelum ni) Jangan over budget. Dah buat decision tu jangan menyesal bila tengok butik lain lagi cantik, sebab belum tentu harga ditawarkan dalam budget kita.


2. Survey

Survey butik mana yang anda rasa terbaik. CPN pergi 10-11 butik kat area CPN tu. Sampai puas hati dengan baju and harga. Ada butik yang malas nak layan kita, CPN tak stay lama. Terus keluar dan tak kan recommend kat member-member. Budget cam bagus sangat service dia. Haha. Tapi CPN rasa terkilan sebab patutnya booking MUA, makeup cantik sangat macam model. Sebabkan tak tahu, so tak de la rezeki nak Nampak cantik makeup cam Barbie doll. Haha Survey barang hantaran, butik, photographer, catering semua


3.  Jangan dengar cakap orang sangat

Buat ikut budget kita. Tak payah nak lawan sangat dengan cousin-cousin lain. Asal Nampak simple and nice, semua yang patut ada, ada. Pelamin ada, meja beradap ada, meja vip ada, goodies bag & bunga telur ada ok la tu. Eh, kenapa tak ada candy booth? Tak ada backdrop untuk selfie? Tak ada cendol? Tak ada aiskrim? Tak ada pulut hitam? Tak ada the tarik? Tak ada DJ? Tak ada group kompang? Pakai kompang tape je? Lahai, bunga telur jenis lima kupang je? Ha, jangan fikir sangat. Tension nanti. Nak membayor tu awok, bukan diorang.


4.  Jangan berhutang

Better simpan duit, dapat title kedekut, dari buat personal loan. (Boleh refer post lepas). Lambat kahwin sikit tak apa. Sabar itu separuh dari iman. Haha. Buat loan sampai anak 3 pun tak habis bayar lagi. Ada seorang member cerita, bila nak kahwin pengantin lelaki amek personal loan. Baru 2 tahun kahwin dah bercerai (minta jauh). Agak-agak apa perasaan ex-husband dia nak bayar balance loan tu?


5. Bincang

Bincang dengan family apa yang diorang harapkan. Kadang-kadang kita rasa benda tu tak penting untuk masuk dalam budget tapi mak kita tak fikir macam tu. So before buat budget tu bincang dulu dengan mak or orang lebih tua yang ada pengalaman. Nak buat rewang ke catering? Homestay mana yang sesuai dan selesa? Makanan untuk homestay, Duit minyak tol untuk rombongan menghantar (RM200 x 5 kereta), Tempat stay untuk saudara-mara yang datang dari jauh. Mana family yang terikat dengan adat tu, kena ambil kira apa yang kena buat. Baju adik beradik, mak-mak sedara nak sedondon ke tak, nak panggil group marhaban (+angpau, goodies bag super special dan lauk kambing khas untuk diorang) haha. jumlah jemputan berapa orang, tema colour tu sesuai ke tak, bunga telur beli yang lebat sikit, jangan yang lima kupang sekuntum tu mak tak mau. Haha. Goodies bag unik, lain dari yang lain, yang paling penting : TARIKH PERKAHWINAN.


6. Tarikh Perkahwinan

Hm. Pasal ni CPN ada bad experience. Awak bayangkan eh, CPN dah bertunang lebih kurang 2 tahun. Bila mak bagitau mak sedara lain kita nak kahwin. Terkezut terperanjat teropocot dia melatah-latah. Bila nak kahwin? Jangan bulan 6, jangan bulan 9, jangan cuti sekolah itu, jangan cuti sekolah ini, anak dia nak kahwin, anak sedara belah sanun nak kahwin. Lahai. Kau tak dapat datang tak pelah. Sibuk nak tentukan tarikh kita jangan overlap dengan anak dia. Baru bertunang tak sampai setahun dah heboh. Bagi la kita jalan dulu. Pentingkan diri sendiri. Last-last CPN tak buat cuti sekolah pun. Hari minggu biasa je.

Lebih baik jangan buat time cuti sekolah. Sebab akan banyak sangat kenduri orang nak attend. Boleh jadi dalam satu hari tu 5-6 kenduri. Orang datang tunjuk muka, makan sikit je.  Perut dah sebu. Sudahnya banyak lauk tak habis, or orang kurang datang.  Lagipun butik-butik dengan photographer , caterer banyak sangat job masa tu. Kalau kita book orang tu sebab service dia bagus kat orang lain, tak semestinya kita dapat orang tu. Hari kejadian dihantarnya staff dia je or bisnes partner dia. sebab tak sempat. Hasilnya? Hampeh. haha

Tarikh ni penting, cuba cari tarikh yang semua orang boleh datang. Bukan sibuk nak buat tarikh-tarikh tertentu, contoh hari jadi, tarikh bertunang, tarikh 1st date (rolling eyes). Kalau kebetulan tak pelah. Untuk saudara-mara ramai dari Utara, pantai timur & Johor jangan buat hari Ahad. Sebab hari ahad diorang kerja. (CPN menyesal) lagipun bagi negeri lain Isnin dah start kerja. So terkocoh-kocoh nak balik dan tak sempat rehat. Kesian diorang. Cari tarikh awal bulan, orang baru gaji. Boleh hulur lebih sikit masa salam keruk tu. Haha or orang tak berkira sangat nak belikan hadiah mahal sikit.  Leh cover balik belanja yang kita keluarkan tu. Hihi pandai tak? Cakap la CPN ni mata duitan, tapi inilah realiti kan? ha. ha. ha. fikirlah sendiri ye


7. Beli masa sale

Kalau untuk barang hantaran, try ushar kat mall masa hujung tahun or pada hari perayaan. Mesti ada sale 50-70%. Boleh la beli handbag kasut, wallet, set perfume, set baju  ke apa murah sikit. Dah beli tu jangan menyesal kalau Nampak design yang lebih lawa kemudian. Haha. Hiasan hantaran dan beg goodies beli masa cuti sekolah. Kat Nilai 3 ke, Ayer hitam ke sebenarnya kena pandai cari kedai, baru dapat harga murah. Buat kad ahli dapat diskaun murah sikit. Katalah nak kenduri Bulan 9, Bulan 5 time cuti sekolah tu pergi la beli siap-siap. Bunga hiasan beli kat kedai RM2 je. Pilih yang cantik-cantik. Kalau kena dengan gaya, hantaran tu jadi cantik walaupun kos murah.


8. Jumlah kad kahwin

Jemputan 1000, jangan kad pun 1000 jugak. Perkara ni caterer (kawan ayah) yang maklumkan  pada CPN. Kalau jemputan 1000, bahagi 4 = buat 250 keping kad saja. Sebab satu kad mewakili 1 family. Dalam 4 orang akan datang untuk 1 kad. If awak buat 1000 kad, x 4 orang dah 4 ribu! 250 keping dah cukup, tu belum mak jemput mulut, jemput orang masjid & surau. Kawan-kawan FB lagi. Saudara mara biasanya tak bagi kad, just inform je suruh datang. Family saja dah 100+ (kalau ramai la). Jangan anggap satu kad akan datang seorang, dia mesti bawa family dia. Ayat dalam kad tu pun kena ambil kira juga. "dengan ini kami menjemput suami/ isteri..." atau "dengan ini kami menjemput tuan sekeluarga..." Ada beza tu.
Jumlah kad ni penting kalau awak tak nak termenung tengok lauk tak cukup ye..   




Bebel pasal kahwin lagi
Cik Puan Nuyon

No comments:

Post a Comment