Bismillah
25.05.2016
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Hala Tuju
Baru-baru ni saya and Incik Husband ada membincangkan
tentang hala tuju hidup. Saya rasa bagi
kami berdua ini adalah hot topic juga lah. (a.k.a melepaskan rasa tak puas hati
yang dah lama terpendam) haha. Secara generalnya background both of us lebih
kurang sama: typical malay family. Masing-masing ada visi yang sama, “nak anak
berjaya tapi tak tahu tunjukkan cara bagaimana”
Canggih
Beruntunglah budak-budak sekarang dengan teknologinya,
canggih sangat leh google, FB guna handphone saja. Dulu kot ada computer kat
rumah pun dah kira orang berada (walaupun tak ada access internet lagi masa
tu). Sekarang maklumat dihujung jari saja. Siap leh compare university mana,
sekolah mana, macam mana apply, berapa cost akan incur, layak ke tak layak
semua boleh tahu.
Cikgu
Dulu, kita harap pada cikgu je inform pada kita. Sekolah
mana yang bagus, sesuai or tidak dengan kita. Beli la surat khabar kot ada
iklan pengambilan pelajar ke MRSM, Politeknik, UPU ke. Gelabah pergi BSN beli
no pin bagai. Haha Kalau cikgu terlepas pandang, tak ada la peluang kita nak
further study tempat yang sesuai. Dalam family pula tak ada lagi adik-beradik
sedara mara yang pernah masuk U. Kira pioneer la kitorang yang ada peluang
masuk U.
Sekolah
Boleh bayangkan tak macam mana perasaan tu bila UPSR &
PMR result straight A tapi hanya sekolah kat sekolah menengah harian biasa?
Rasa rendah diri sangat dan rasa macam family tak mampu sangat nak hantar ke
sekolah berasrama. Ok fine. Mungkin ada hikmahnya. Saya berpegang pada; kalau
tak ada rezeki sekarang, mungkin masa lain. Yes, it’s true! Percayalah.
Plan
Bagi yang dalam family tu ada experience or info, mesti
diorang dah sediakan plan untuk anak masing-masing. Sediakan yang terbaik untuk
mereka. Belajar bidang ini, akan jadi begini. Belajar bidang itu akan jadi
begitu. Boleh jadi tempat anaknya di
sekolah berasrama penuh tu sepatutnya milik orang lain dengan result yang lebih
baik, cuma dia tak bernasib baik or bukan rezeki dia ditempatkan disitu. (oho sedih
hatiku ini)
Scholarship
PTPTN = penyesalan. Apakan daya nasi dah jadi bubur. Bayor
jelah tiap-tiap bulan. Haha. Sudah diajar oleh ayahku itu: nak buat apa pun
usaha lah sendiri. So, tak de la mengharapkan duit dia bila dah di offer PTPTN
tu. Bila dah masuk U, baru tahu leh apply for scholarship JPA lah, Mara lah.
Even classmate punya result lagi kurang dari kita, dengan pendapatan family
jauh lebih besar pun dia layak dapat scholarship?? Boleh bayang tak perasaan tu
macam mana? Sekali lagi: kalau tak ada rezeki sekarang, mungkin masa lain. Hoho
Man Jadda Wa Jadda
Cik Puan Nuyon
No comments:
Post a Comment