Bismillah
31.05.2016
Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Alhamdulillah. Lepas 2 hari CPN habis final exam, CPN terus
dipanggil interview dan terus start kerja.
Bersyukur sangat dapat kerja dekat dengan rumah mak, dalam satu daerah
jugaklah. Sebagai Admin Assistant. Gaji ditawarkan
(masa tu) berpatutan, siap makan and kuarters disediakan. Sounds good kan?
Tapi, kerja bagai nak rak. Haha. Lepas CPN resign barulah sedar yang sebenarnya CPN ni bukan sekadar Admin
Assistant. Biasalah, orang tak ada pengalaman kan. CPN kerja situ dari Nov 2009
hingga Mei 2014. Pat tahun setengah. haha
Admin Assistant
Ni yang tertulis dalam surat lantikan. Tapi ntah la apa
sebenarnya kerja AA tu. Katanya kerja-kerja admin, yang berkaitan dengan
clerical. Bawah CPN ada 4 orang clerk. Masing-masing ada tugas masing-masing.
Kononnya CPN monitor diorang. Padahal? Haha. Pengganti bila diorang off day.
Kilang CPN ni ternak ayam penelur. So office kena operate 7 hari seminggu. CPN
off hari Jumaat. Khamis halfday. Jarang sangat dapat cuti weekend. Sampai ayah
bising, kerja apa yang tak boleh cuti hujung minggu? Kenduri semua tak boleh
pergi.
Auditor
Ye, auditor. Internal ke external ke semua CPN kena involve.
Sampai expert la bab nak menipu kat auditor ni. (Hasil tunjuk ajar bos) haha.
Stockount tu biasa. Tapi kita kerja jujur. Bukan menipu celah mana pun, cuma
cara nak audit tu. Soalan-soalan bocor. Tang mana dia akan check, tang mana dia
tak kan check semua kita boleh agak. Ada 3 audit setahun tu, internal; cross
audit antara department. External; Auditor dari HQ, dan auditor dari 3rd
party khas untuk farm bahagian agriculture punya. (kalau tak silap la) Bagus
audit ni. Boleh improvekan setiap department. Tapi nak prepare dokument tu
sikit punya payah. Kena plan bila audit akan dibuat. Kita kena prepare awal-awal.
Buka fail baru, tutup fail lama. Cari balik invoice & DO, susun ikut
turutan. PO, request form semua kena perfect. Ambil masa nak buat tu. Perkara
paling mencabar ialah; dokument hilang. Cari punya cari rupanya dalam tray bos
(yang tak berapa nak bos sangat tu). Bila tanya kata tak ada. Pemalas nak cari
sebenarnya tu. Menyusahkan orang. Huh
Warehouse Supervisor
Saya pernah bawa forklift & power stacker. Haha!
Terkial-kial bawa, tapi boleh la nak alih barang ke apa. Dah tak ada orang
sangat. Semua busy sangat katanya. Kita nak buat kerja bagi settle cepat. Bos
dah bising. Ganti jap EGP supervisor tu bila dia cuti ke busy ke. Hari-hari
kira telur. 1 pallet, 2 pallet, gred Jumbo sampai la UG. Telur off colour,
telur kotor taik ayam, telur pecah habis semua kira. haha
Storekeeper
Hm. Kerja ni penat. Sebab CPN jenis tak boleh tengok barang
bersepah. Sejak clerk yang incharge store resign (dan tak berganti sampai
kesudah) CPN la yang terhegeh-hegeh kat store tu. Walaupun penat arrange barang
tapi puas hati bila store nampak bersih, kemas & teratur. Barang-barang
semua CPN control. Haha. Nak yang baru kena bawa yang lama. Tukar 1 by 1. Rekod
kira baik punya. Tapi end figure mesti tak sama. Kenapa? Mesti ada yang ambil
tanpa kebenaran ni kan.
Human Resource
HR. Ni mungkin ada kaitan dengan jawatan tu kot. CPN
incharge OT, Elaun, surat amaran yang membawa kepada surat pemberhentian kerja semua CPN handle. Bad experience kat sini.
Orang koyak surat amaran tapi CPN terjumpa
pula kat tempat parking motor. Konyok-konyok surat lempar kat tempat
puncard. Tak rasa bersalah ke? Dah la
absent kerja, kalau apply cuti EL bolehla consider lagi. Ni tak, ikut suka hati
dia je nak datang ke tidak. Kat tempat kerja tu kelam kabut orang kena cari
pengganti. Ada satu ayat tak boleh blah dia cakap; “Eh, korang tak tahu ke mak
abang masuk hospital?” so?? Kena pergi meghadap dia Tanya eh? Telefon tak
berjawab pula.
Socso. CPN paling suka buat tuntutan socso. Orang farm ni
kerap accident. Haha. Sampai pegawai socso mana yang biasa CPN engage tu dah
kenal la kiranya. Senang je berurusan. Rekod, surat semua baik & teratur
(up diri sikit. Haha) Disebabkan pekerja farm kerap accident, tak kira on the
way datang, balik kerja, or semasa bekerja, semua CPN tolong applykan. Hihi. Sampaikan pegawai socso datang buat siasatan
kenapa kerap accident, kempen bagi helmet free & ceramah. Haha CPN Berjaya
tolong 2 orang pekerja dapatkan pencen ilat. Senang la hidup pokcik tu
Dosh. Ye, dosh ni la menyebabkan CPN drive sorang-sorang
pergi Ipoh. Uruskan satu kes. Major accident kat farm. Terbelit tangan aci tu
kat drive shaft. Both radius ulna patah.
Ngeri. Farm nak dikenakan kompaun tapi dapat dikurangkan (kalau tak silap).
Deal dengan dosh kena hati-hati. Sebab diorang ni akta lebih kuat (berbanding
socso). Semua dokument kena prepare tak boleh silap. Sebab effect dia pada farm
sangat crucial.
Nepal. Huh. Mabuk, gaduh, kena aniaya, menggatal semua ada.
Tapi ada Nepal juga yang baik. Nepal yang annoying, berlagak macam bos pun ada.
Ada yang cepat je belajar cakap melayu. Yang ensem ada, yang tak ensem jadi
ensem pun ada. Haha. Nepal mati pun ada. Accident. Lintas jalan menonong. Kena
langgar dengan lori simen YTL. Padam kat situ jugak. Sian dia. Duit gaji dalam
wallet hilang. Apala. Yang malas kerja, yang minta cuti sebab nenek meninggal
pun ada. Sedih katanya. Adoi. Haha CPN tak uruskan hal pengambilan Nepal ni.
Cumanya jadi driver je hantar medical checkup. haha
Marketing
CPN jual baja tahi ayam. Busuk! Haha. Bau duit kata
Tangaraja. CPN incharge jual baja setelah clerk yang sebelum tu pecah amanah.
Dekat RM3k die ambil. Kesian siapa yang kena cover balik duit tu. Manager, bos
department dengan driver (pun kena sekali). En Azmi cakap; “Masa awak ambil
duit tu tak rasa bersalah ke? Saya pun tak beli baju sekolah anak lagi” Hm.
Kebetulan die cuti bersalin masa tu, so selamat la dia dari kena kecam. Haha.
Sebab terima payment dari customer ada yang guna cash. Tu yang bahaya. Lepas
dari kejadian tu CPN la yang kena hadap betapa strictnya nak jual baja tu. Jadi
ah long chase payment bagai. Siap kena marah dengan customer tu dah biasa. Haha
Paling best masa order Felcra masuk bukan main busy lagi. Beratus tan jual. Huhu
Driver
CPN expert bawa kereta manual kat farm la. Sebab dah biasa
bawa ranger manual tu. Both ranger baru and lama gear manual. Sedap bawak
ranger ni. Tak perasan bawa laju. Sebab dia besar and stabil. Tau-tau dah kena
saman. Haha. Jadi driver hantar Nepal pergi klinik lah, ambil barang kat
hardware lah, pergi beli barang urgent lah, macam-macam. Paling tak boleh blah,
singgah McD drive thru. Jenuh nak adjust masuk lorong dia. haha
Jual Ayam
Haha. Busuk, basah, kotor. Tempat jual ayam tu. Jauh sikit
dari office, tapi masih dalam kawasan farm. Bayangkan awak sorang-sorang anak
dara, perempuan kat situ. Jual ayam. Nepal tangkap ayam masuk bakul, timbang, CPN
tekan keluar slip timbang. Then balik
office buat DO & invoice. Ada pernah
sorang clerk tu, (Ita yang comel) jual ayam sampai ke malam. Sian dia. Nak pula
tengah jual ayam hujan ribut turun selebat-lebatnya. Sejuk sangat. Tempat tu
dah la open. Bumbung saja. Lori transfer tak boleh jalan. Nanti ayam basah.
Timbang lagi berat. Customer rugi. Haha. Drag masa lagi. Ntah pape. Ada cerita
ntah pape berlaku; ada yang turn dia pergi jual ayam, tak kanlah nak bawak
Lancer masuk tempat tu, pinjam pula kereta ita. Haha. Ta, aku Nampak kereta kau
kat tempat jual ayam. Kenapa kau ada kat office? Muncung je ita. Haha. Nasib
la. Rasa nak gelak guling-guling.
Quality Controller (QC)
Korang pernah nampak tak tanker feed yang besar tu? Macam
lori tank minyak. 10 tan, 20 tan dedak ayam dia bawa. Sehari datang 5-6 lori.
Tau apa kitaorang kena buat? Masa tanker datang kena timbang. Ada weighbridge
depan office. Tu ok lagi. Bila tanker tu dah habis pam feed dalam silo, dia
datang balik timbang, pastu kena panjat. Diulang, panjat tanker tu! Buka
penutup atas tu yang sangat berat. Jenguk betul ke kosong, habis pam tak. Ada
driver yang baik hati Malek dengan abang Md Akhir rajin panjat sekali tolong
bukakan penutup atas tu. Terima Kasih. Nak pula hari hujan lebat. Tangga licin.
Dipanjat juga. Adoi. Patutnya ada turn siapa yang kena check panjat tu. Tapi
ada yang cakap gayat la, takut la. Last-last 2 orang je buat; CPN dengan Liana.
Bila Liana resign agaknya siapa yang tinggal??
Check telur. Kadang-kadang CPN ada juga kena check kualiti
telur. Pecah, sukat dengan penyukat khas untuk telur, check ketebalan telur tu,
rekod. Pecah, bungkus, pecah, bungkus. Akhirnya telur tu direbut. Haha. CPN
ambil buat kek coklat. Bagi budak office makan. haha
Safety Officer + Nurse
CPN pergi guardhouse
depan (jauh tau) pergi check CCTV. Sebab
masa tu ada kecurian. Ada lagi CCTV kat office. Check loading telur. Kerja ni
paling menyampah. Duduk perati je monitor tu, tengok loading pallet telur
satu-satu. Habis semua kerja tertangguh. Nak urgent pula tu. Barang-barang
untuk first aid kit tu CPN la yang order and topup untuk setiap department. Ada
workers datang office jari berdarah CPN cuci and balut. Ada Nepal bisul pun
datang minta cuci. Menyampah. Ada beberpa report CPN kena hantar kepada dosh.
Rupanya repot camtu safety officer punya kerja.
Kat farm tu mana la ada jawatan macam tu. Clerk yang urgent nak guna pun
ditangguh-tangguh nak ambil. Kedekut sangat. Haha
Stocktake & report
Setiap hujung bulan. 30 or 31 hb. Nasib baik hari gaji.
Walaupun balik malam, tapi lepas tu kitaorang terus keluar makan, karoke sorang
barang 10-12 lagu. Haha. CPN panjat habis semua bundle tray telur tinggi tu nak
kira stok. Sebab yang lain mengaku gayat. Kira telur, kira barang, kira barang
kat store, kira feed, kira baja, kira vaksin ayam. Lepas tu masuk end figure stok. Kalau
variance besar, recount balik. Cari apa tak kena. Tu yang drag masa tu. Bila
dah biasa buat report, segala info cari siap-siap dari pagi or hari sebelumnya,
then estimate stok akhir akan ada berapa. Haha serik dah.
MC
Pengacara majlis. haha. Tiap kali annual dinner je CPN jadi MC. Tak ada muka lain. 1st annual dinner dekat SSL Traders Hotel kat taiping tu. Sangat best. Happy. Hadiah lucky draw sangat banyak dan agak mewah masa tu. Nak dijadika cerita, CPN dapat lucky draw tu. Tapi bodohnya CPN tak nak. Suruh cabut nombor lain. haha. Apelah. CPN handle games untuk workers. Sangat kelakar. Buat sukaneka bagai, anugerah pekerja paling comel lah, paling ensem lah. haha. The next years annual dinner buat depan office je. Pakai khemah kenduri. haha
AA carca marba
Cik Puan Nuyon
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSis,boleh nak tahu berapa rate sis dibayar? Sbb jobscope besar dan banyak
ReplyDeleteassalamualaikum sis, sy nk tanya. mcm mana pula dengan skop kerja sebagai admin assistant di syarikat perodua?
ReplyDelete