Tuesday, 24 May 2016

Macam mana nak kahwin ye…?

Bismillah
25.05.2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Kahwin je  la. Apa yang susah sangat? Mak cik uii, susah tau. Haha Sebenarnya terpulang pada individu tu masing-masing. Kalau susah, jadi susah. Kalau senang jadi senang. (Senang la cakap. Kau dah lepas) Ok, meh Cik Puan Nuyon nak tolong ease tension nak kahwin tu :


1. Persediaan awal

Masa final semester dulu, CPN ada dengar pihak U nak buat kursus Pra Perkahwinan. So CPN pergila register cecepat.  Course 2 hari, anjuran Pusat Islam U. RM40 sahaja! Jimat duit CPN tau. Almaklumlah student, mana pegang duit banyak. Haha Selalu dengar kalau pasangan tu nak kahwin, mesti pergi berdua kan? Kekonon nak feeling sweet pergi belajar sama-sama (padahal hati jealous) hah. Ok. Maka CPN pun pergi seorang diri. Rupanya ada classmate yang sedang couple pun joint juga course tu. Maka tahap kejealousan CPN meruap-ruap. Haha Sijil tu leh guna bila nak apply kahwin nanti. Tak ada valid tempoh pun. CPN attend course 2009, kahwin 2014. Boleh je

2.  Form yang perlu diisi

CPN skip bab bertunang ye. Nanti CPN free baru bebel pasal Majlis bertunang ye. Ok, bila dah confirm nak kahwin, awak pergi Pejabat Agama Daerah masing-masing. CPN pergi sendiri sebab nak berdikari. (padahal ayah tak ambil tahu) haha Pergi bahagian Nikah, Cerai & Rujuk. Hm scary la nama Unit dia kan? Haha Ambil form yang berkenaan, Gambar Passport & salinan IC, RM10. Kalau boleh readykan form tu 2 bulan or 1 bln before nak nikah. Sebab yang penting dia nak arrange jurunikah.

3. Dokument

Salinan IC both pengantin, salinan IC wali, salinan sijil course pra perkahwinan. Get ready dengan sijil ori kot  diorang nak belek. Lepas ambil form satu set tu ada senarai semak. Check satu-satu before submit. Ikut apa yang dia nak dalam list tu. Dengarnya kalau anggota badan beruniform macam askar ke, polis ke kalau nak kahwin kena inform pegawai atasan. Bab tu CPN tak tahu la detail nya camne. Pada masa yang sama, pengantin lelaki pun kena sediakan benda yang sama juga. Jika berkahwin di luar mukim (lain negeri) ada form khas pengantin lelaki tu kena isi. “ Permohonan berkahwin luar mukim” Kalau nak apply kad nikah pun boleh. Tapi kena tunggu sijil nikah keluar dulu. Nanti bawa gambar passport both pengantin. RM40 untuk 2 keping kad.

4. HIV test + Talesemia test

Maka CPN pergi la ke Klinik Kesihatan yang berdekatan. CPN ada bad experience kat sini. Tak nak mention KK mana. Sampai je kat lobi KK dalam tu ada kaunter pertanyaan. Ada Seorang pegawai bertugas (pegawai lah sangat?) duduk main handphone tak pandang pun bila kita datang kat dia. Cik, macam mana nak buat HIV test untuk kahwin? Dengan tangan sebelah pegang handphone, tangan lagi satu tunjuk kat information board atas kepala batu dia “HIV test untuk Perkahwinan setiap hari Selasa & Khamis 2:00pm – 4:00pm” Sepatah haram tak cakap apa. Oh ok. Hari tu bukan hari Selasa or Khamis, so tak boleh buat. CPN pun bergerak ke arah tempat yang sepatutnya buat untuk HIV test. Tetiba pegawai tadi baru bersuara “tak baca ke note tu?” Eh, berbunyi pulak kau. “Nak tengok tempat kat mana. Tak boleh ke?” Damm you.

5. Submit form

Result HIV & Talesemia tu akan siap dalam 2 minggu camtu. Keep call KK jika diorang lambat call. Bila form and semua dokument dah ready, baru hantar ke Pejabat Agama. Pada masa yang sama, form dari pihak lelaki pun dah complete. Hantar together dengan kita punya.  Make sure wali sign di bahagian berkenaan. Ada negeri memerlukan salinan surat beranak mak ayah & pengantin. Ikut jelah senarai diorang nak tu. Ada pula negeri nak tengok bank draft duit hantaran kepada pihak perempuan. Hah. Ni rumit sikit.  So pandai-pandai la arrange camne nak deal duit hantaran tu ye. Buat la satu copy form yang nak submit tu incase pape hal jadi. Masa submit form tu Tanya sekali, upah untuk saksi, jurunikah & mas kahwin negeri berapa? Prepare siap-siap masuk dalam angpau (kalau nak bagi lebih ikut ikhlas hati) inform kat bakal husband awak sebab dia yang akan bear the cost. Haha

Ada satu soalan pegawai Pejabat Agama tu Tanya CPN dan buat saya tertanya-tanya sampai sekarang:  “Ni tarikh nikah siapa yang tentukan?” Lah. Mesti la dah bincang dengan family semua. Kebetulan jurunikah mukim CPN tu baru meninggal. So ada jurunikah daerah yang akan take over. Jap, kau nak cakap yang kena ikut schedule jurunikah tu ke?? Haha. Buat bodoh je. Inform kat dia juga kita nak nikah pukul berapa.  CPN minta no handphone jurunikah incase pape hal. Pegawai tu tak nak bagi. Ni yang CPN risau sangat. Dah la weekend, pejabat mesti tutup kan? Kalau jurunikah tak datang nak cari siapa? Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Siap Jurunikah tu datang awal and duduk goyang kaki kat masjid tunggu rombongan pengantin lelaki sampai. Haha

CPN  nak share masa saya datang submit form kat Pejabat Agama tu, ada satu parent ni datang Tanya sedetailnya pasal nak register kahwin. Agaknya nak sulung nak kahwin kot? Untungla bapak dia yang gelabah anak nak kahwin. Ayahku? Hm. Jangan Tanya. Haha



Saya saaayang ayah saya
Cik Puan Nuyon


No comments:

Post a Comment